PemilihanPresiden

PemilihanPresiden

Negara yang Boleh Dilawati Rakyat Malaysia Tanpa Visa

Terdapat banyak negara yang boleh dilawati oleh rakyat Malaysia tanpa visa, tapi ramai yang tak tahu. Untuk pengetahuan anda, Passport Malaysia merupakan antara passport yang kuat di dunia.

Berdasarkan data terkini Henley Passport Index , pasport Malaysia kini berada di kedudukan ke-7 dunia dengan akses tanpa visa ke 183 destinasi!

Negara yang Boleh Dilawati Rakyat Malaysia Tanpa VisaNegara yang Boleh Dilawati Rakyat Malaysia Tanpa Visa
Sumber: Henley Passport Index (Info setakat: 6 Julai 2026)

Kelebihan ini membolehkan kita sebagai rakyat Malaysia merancang percutian saat-saat akhir untuk pergi ke negara-negara yang tidak memerlukan visa.

Berikut adalah senarai negara yang boleh dilawati tanpa visa untuk rakyat Malaysia yang ramai masih tidak tahu.

Apa Maksud ‘Negara Boleh Dilawati Tanpa Visa’?

‘Negara Boleh Dilawati Tanpa Visa’ bermaksud negara yang kita boleh pergi menggunakan passport sahaja tanpa perlu mohon visa.

Maksudnya, anda tidak perlu:

  • isi borang untuk permohonan visa
  • hadir temu duga untuk kelulusan visa bagi sesetengah negara
  • tunggu kelulusan berhari-hari atau berminggu-minggu

Perlu diingat, walaupun tidak memerlukan visa ia bukan bermaksud anda boleh terus masuk ke negara tersebut tanpa sebarang syarat.

Kebanyakan negara masih memerlukan:

  • Passport sah sekurang-kurangnya 6 bulan (bergantung kepada negara).
  • Tiket penerbangan keluar atau pulang.
  • Bukti tempahan hotel atau alamat penginapan.
  • Bukti kewangan yang mencukupi jika diminta oleh pegawai imigresen.

Selain itu, anda masih tertakluk kepada undang-undang imigresen antarabangsa seperti:

  • Had Tempoh Tinggal: Setiap negara menetapkan had hari yang berbeza.
  • Tujuan Lawatan : Anda hanya dibenarkan melawat untuk tujuan pelancongan, sosial, atau urusan perniagaan pendek. Anda dilarang sama sekali untuk bekerja atau belajar.
  • Hak Mutlak Imigresen: Pegawai imigresen di pintu masuk negara tersebut masih mempunyai hak untuk menolak kemasukan anda jika anda tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Apa Negara yang Boleh Dilawati Tanpa Visa?

Terdapat 183 destinasi yang boleh dilawati oleh rakyat Malaysia TANPA memerlukan visa iaitu:

1. Eropah & Wilayah Tergantung (50 Destinasi)

Bil Destinasi / Negara Had Tempoh Tinggal Jenis Kemasukan
1 Albania 90 Hari Bebas Visa
2 Andorra 90 Hari Bebas Visa
3 Austria 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
4 Belarus 30 Hari Bebas Visa
5 Belgium 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
6 Bosnia & Herzegovina 90 Hari Bebas Visa
7 Bulgaria 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
8 Croatia 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
9 Cyprus 90 Hari Bebas Visa
10 Denmark 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
11 Estonia 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
12 Finland 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
13 Perancis (France) 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
14 Georgia 360 Hari (1 Tahun) Bebas Visa
15 Jerman (Germany) 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
16 Greece 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
17 Hungary 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
18 Iceland 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
19 Itali (Italy) 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
20 Kosovo 90 Hari Bebas Visa
21 Latvia 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
22 Liechtenstein 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
23 Lithuania 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
24 Luxembourg 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
25 Malta 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
26 Moldova 90 Hari Bebas Visa
27 Montenegro 90 Hari Bebas Visa
28 Belanda (Netherlands) 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
29 Macedonia Utara 90 Hari Bebas Visa
30 Norway 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
31 Poland 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
32 Portugal 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
33 Romania 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
34 San Marino 90 Hari Bebas Visa
35 Serbia 30 Hari Bebas Visa
36 Slovakia 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
37 Slovenia 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
38 Sepanyol (Spain) 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
39 Sweden 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
40 Switzerland 90 Hari (Zon Schengen) Bebas Visa
41 Turkiye 90 Hari Bebas Visa
42 Ukraine 90 Hari Bebas Visa
43 United Kingdom 180 Hari (6 Bulan) Perlu UK ETA
44 Vatican City 90 Hari Bebas Visa
45 Anguilla (Wilayah UK) 90 Hari Bebas Visa
46 Aruba (Wilayah Belanda) 30 Hari Bebas Visa
47 Bermuda (Wilayah UK) 180 Hari Bebas Visa
48 Gibraltar (Wilayah UK) 90 Hari Bebas Visa
49 Greenland (Wilayah Denmark) 90 Hari Bebas Visa
50 Kepulauan Cayman (Wilayah UK) 30 Hari Bebas Visa

Nota: Bermula suku keempat (Q4), ETIAS (European Travel Information and Authorisation System) akan diperlukan sebelum terbang ke Eropah.

2. Asia & Timur Tengah (38 Destinasi)

Bil Destinasi / Negara Had Tempoh Tinggal Jenis Kemasukan
51 Bahrain 14 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
52 Bangladesh 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
53 Brunei 30 Hari Bebas Visa
54 Kemboja (Cambodia) 30 Hari Bebas Visa
55 China 30 Hari (Polisi Semasa) Bebas Visa
56 Hong Kong 90 Hari Bebas Visa
57 India 30 / 60 Hari Mesti Mohon e-Visa / VOA
58 Indonesia 30 Hari Bebas Visa
59 Iran 15 Hari Bebas Visa / VOA
60 Jepun (Japan) 90 Hari Bebas Visa
61 Jordan 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
62 Kazakhstan 30 Hari Bebas Visa
63 Kuwait 90 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
64 Kyrgyzstan 60 Hari Bebas Visa
65 Laos 30 Hari Bebas Visa
66 Lubnan (Lebanon) 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
67 Macau 30 Hari Bebas Visa
68 Malaysia – (Tanah Air)
69 Maldives 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
70 Mongolia 30 Hari Bebas Visa
71 Nepal 15 / 30 / 90 Hari Visa on Arrival (VOA)
72 Oman 14 Hari Bebas Visa
73 Pakistan 30 Hari Perlu ETA / e-Visa
74 Filipina (Philippines) 30 Hari Bebas Visa
75 Qatar 90 Hari Bebas Visa
76 Arab Saudi (Saudi Arabia) 90 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
77 Singapura 30 Hari Bebas Visa
78 Korea Selatan 90 Hari Mesti Mohon K-ETA
79 Sri Lanka 30 Hari Mesti Mohon ETA Digital
80 Taiwan 30 Hari Bebas Visa
81 Tajikistan 30 Hari Bebas Visa
82 Thailand 60 Hari Bebas Visa
83 Timor-Leste 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
84 Emiriah Arab Bersatu (UAE) 90 Hari Bebas Visa
85 Uzbekistan 30 Hari Bebas Visa
86 Vietnam 30 Hari Bebas Visa
87 Palestin (Palestine) Tertakluk Sekatan Sempadan Bebas Visa (Pintu Masuk Rasmi)
88 Yaman (Yemen)* 30 Hari Visa on Arrival (VOA) * – update terkini kena mohon Visa Kedutaan lebih awal.

3. Amerika & Caribbean (42 Destinasi)

Bil Destinasi / Negara Had Tempoh Tinggal Jenis Kemasukan
89 Antigua & Barbuda 30 Hari Bebas Visa
90 Argentina 90 Hari Bebas Visa
91 Bahamas 90 Hari Bebas Visa
92 Barbados 180 Hari (6 Bulan) Bebas Visa
93 Belize 30 Hari Bebas Visa
94 Bolivia 90 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
95 Brazil 90 Hari Bebas Visa
96 British Virgin Islands 30 Hari Bebas Visa
97 Chile 90 Hari Bebas Visa
98 Colombia 90 Hari Bebas Visa
99 Costa Rica 90 Hari Bebas Visa
100 Cuba 90 Hari Bebas Visa
101 Curacao (Wilayah Belanda) 90 Hari Bebas Visa
102 Dominica 21 Hari Bebas Visa
103 Ecuador 90 Hari Bebas Visa
104 El Salvador 90 Hari Bebas Visa
105 Grenada 90 Hari Bebas Visa
106 Guatemala 90 Hari Bebas Visa
107 Guyana 30 Hari Bebas Visa
108 Haiti 90 Hari Bebas Visa
109 Honduras 90 Hari Bebas Visa
110 Jamaica 30 Hari Bebas Visa
111 Mexico 180 Hari Bebas Visa
112 Montserrat (Wilayah UK) 180 Hari Bebas Visa
113 Nicaragua 90 Hari Visa on Arrival (Kad Pelancong)
114 Panama 90 Hari Bebas Visa
115 Peru 183 Hari Bebas Visa
116 Saint Kitts & Nevis 90 Hari Bebas Visa
117 Saint Lucia 42 Hari Bebas Visa
118 St. Vincent & Grenadines 30 Hari Bebas Visa
119 Sint Maarten (Wilayah Belanda) 90 Hari Bebas Visa
120 Suriname 90 Hari Bebas Visa (Perlu Bayar Entry Fee)
121 Trinidad & Tobago 90 Hari Bebas Visa
122 Uruguay 90 Hari Bebas Visa
123 Venezuela 90 Hari Bebas Visa
124 Bonaire (Wilayah Belanda) 90 Hari Bebas Visa
125 Sint Eustatius 90 Hari Bebas Visa
126 Saba (Wilayah Belanda) 90 Hari Bebas Visa
127 Falkland Islands (Wilayah UK) 30 Hari Bebas Visa
128 French Guiana 90 Hari Bebas Visa
129 Guadeloupe (Wilayah Perancis) 90 Hari Bebas Visa
130 Martinique (Wilayah Perancis) 90 Hari Bebas Visa

4. Afrika (34 Destinasi)

Bil Destinasi / Negara Had Tempoh Tinggal Jenis Kemasukan
131 Algeria 90 Hari Bebas Visa
132 Angola 30 Hari e-Visa
133 Botswana 90 Hari Bebas Visa
134 Burundi 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
135 Cape Verde 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
136 Comoros 45 Hari Visa on Arrival (VOA)
137 Djibouti 31 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
138 Mesir (Egypt) 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
139 Ethiopia 30 / 90 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
140 Gabon 90 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
141 Gambia 90 Hari Bebas Visa
142 Ghana 30 Hari e-Visa
143 Guinea-Bissau 90 Hari Visa on Arrival (VOA)
144 Kenya 90 Hari Mesti Daftar Kenya ETA
145 Lesotho 14 Hari Bebas Visa
146 Madagascar 30 / 60 Hari Visa on Arrival (VOA)
147 Malawi 30 Hari Bebas Visa
148 Mauritania 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
149 Mauritius 90 Hari Bebas Visa
150 Maghribi (Morocco) 90 Hari Bebas Visa
151 Mozambique 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
152 Namibia 90 Hari Bebas Visa
153 Reunion (Wilayah Perancis) 90 Hari Bebas Visa
154 Rwanda 30 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
155 Senegal 90 Hari Bebas Visa
156 Seychelles 90 Hari Bebas Visa (Visitor’s Permit)
157 Somalia 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
158 Afrika Selatan 90 Hari Bebas Visa
159 St. Helena (Wilayah UK) 90 Hari Visa on Arrival (Entry Permit)
160 Tanzania 90 Hari Visa on Arrival (VOA)
161 Togo 7 Hari Visa on Arrival (VOA)
162 Tunisia 90 Hari Bebas Visa
163 Uganda 30 Hari Visa on Arrival (VOA) / e-Visa
164 Zambia 90 Hari Bebas Visa

5. Oceania & Pasifik (19 Destinasi)

Bil Destinasi / Negara Had Tempoh Tinggal Jenis Kemasukan
165 Australia 90 Hari Mesti Mohon Australia ETA (Subclass 601)
166 Fiji 120 Hari (4 Bulan) Bebas Visa
167 Kiribati 28 hingga 30 hari Bebas Visa
168 Kepulauan Marshall 90 Hari Visa on Arrival (VOA)
169 Micronesia 30 Hari Bebas Visa
170 New Caledonia (Wilayah Perancis) 90 Hari Bebas Visa
171 New Zealand 90 Hari Mesti Daftar NZeTA Online
172 Niue (Wilayah New Zealand) 30 Hari Bebas Visa
173 Palau 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
174 Papua New Guinea 60 Hari e-Visa
175 Samoa 60 Hari Bebas Visa
176 Kepulauan Solomon 90 Hari Visa on Arrival (Permit on Arrival)
177 Tonga 31 Hari Bebas Visa
178 Tuvalu 30 Hari Visa on Arrival (VOA)
179 Vanuatu 30 Hari Bebas Visa
180 Wallis & Futuna 90 Hari Bebas Visa
181 Cook Islands 31 Hari Bebas Visa
182 French Polynesia 90 Hari Bebas Visa
183 Zimbabwe 90 Hari Bebas Visa (Nota: Diklasifikasikan dalam zon logistik IATA Pasifik)

NOTA:Sila pastikan anda rujuk laman web rasmi setiap negara untuk info yang terkini dan sebarang perubahan adalah tertakluk mengikut undang-undang setiap negara.

Negara Disekat Pasport Malaysia

Walaupun pasport Malaysia sangat kuat, terdapat dua buah negara yang mempunyai status sekatan atau kawalan keselamatan yang sangat ketat:

  1. Israel– Larangan Rasmi Undang-Undang Malaysia
  2. Korea Utara – Sekatan Ditarik Balik, Tetapi Kemasukan Terhad
Negara yang Boleh Dilawati Rakyat Malaysia Tanpa Visa - Ramai yang Tak Tahu!Negara yang Boleh Dilawati Rakyat Malaysia Tanpa Visa - Ramai yang Tak Tahu!

Tips Penting Sebelum ke Luar Negara

1. Peraturan Enam (6) Bulan Pasport

Jangan sesekali bercuti ke luar negara jika tempoh sah laku pasport anda berbaki kurang daripada 6 bulan dari tarikh anda dijadualkan pulang ke Malaysia.

Kebanyakan syarikat penerbangan akan menyekat anda daripada mendaftar masuk (check-in).

2. Sediakan Salinan Fizikal

Pegawai imigresen di negara luar berhak menolak kemasukan anda jika mereka ragu-ragu. Sentiasa cetak dan bawa dokumen ini bersama:

  • Tiket Penerbangan Pulang: Bukti bertulis bahawa anda mempunyai tarikh tetap untuk keluar dari negara tersebut.
  • Bukti Penginapan: Salinan tempahan Hotel, Agoda, Airbnb, atau surat jemputan bertulis jika menumpang rumah rakan.
  • Atinerary Perjalanan: Jadual ringkas tempat-tempat yang ingin anda lawati sebagai bukti anda datang sebagai pelancong.
senarai negara tak perlu visasenarai negara tak perlu visa

3. Bukti Dana Kewangan yang Mencukupi

Sesetengah imigresen kadangkala melakukan pemeriksaan rawak. Pastikan anda mempunyai wang tunai secukupnya (dalam mata wang tempatan atau USD) atau boleh menunjukkan baki akaun bank/kad kredit aktif melalui aplikasi telefon pintar anda jika diminta.

4. Jangan Keliru Antara “Bebas Visa” dan “ETA / e-Visa”

Banyak negara bebas visa kini bertukar kepada sistem digital. Anda wajib memohon dalam talian beberapa hari sebelum berlepas.

Contohnya: Anda perlukan K-ETA untuk ke Korea Selatan, dan NZeTA untuk ke New Zealand. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda tidak dibenarkan berlepas.

5. Patuhi Had Hari dan Larangan Bekerja

Jangan sekali-kali tinggal melebihi (overstay) had hari yang ditetapkan (contohnya 30 atau 90 hari) kerana anda boleh ditahan, didenda, dan disenaraihitam daripada memasuki negara tersebut semula.

Status bebas visa pelancong melarang keras anda daripada mengambil sebarang upah, bekerja sambilan, atau mendaftar kelas pengajian formal.

Maklumat Lanjut dan Soalan Lazim Negara Boleh Dilawati Tanpa Visa

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia & Kementerian Luar Negeri Malaysia

Betul ke pasport Malaysia boleh bawa kita melancong ke 183 destinasi tanpa visa?

Ya, betul. Mengikut data rasmi Henley Passport Index, pasport Malaysia membolehkan kita melawat ke 183 destinasi global tanpa visa. Sila ambil perhatian bahawa angka “183 destinasi” ini merangkumi gabungan antara negara-negara merdeka dan wilayah-wilayah tergantung/autonomi yang mempunyai kawalan imigresen tersendiri (seperti Hong Kong, Macau, Greenland, dan Kepulauan Cayman).

Adakah status bebas visa ini bermakna saya boleh bekerja atau belajar di negara tersebut?

TIDAK BOLEH SAMA SEKALI.

Apakah satu-satunya negara yang dilarang keras untuk dilawati menggunakan pasport Malaysia?

Satu-satunya negara yang disekat secara rasmi oleh undang-undang Malaysia ialah Israel.

Bolehkah saya memohon K-ETA, UK ETA, atau visa pelancong jika pasport saya berbaki kurang daripada 6 bulan?

Tidak boleh. Sistem digital atau pihak kedutaan akan menolak permohonan anda secara automatik.

Apa beza antara Visa Semasa Ketibaan (VOA) dan Visa Elektronik (e-Visa)?

– VOA (Visa on Arrival): Anda terus terbang dan hanya memohon serta membayar yuran visa di kaunter imigresen lapangan terbang destinasi.
– e-Visa: Anda wajib memohon dan membayar yuran secara dalam talian melalui portal rasmi negara tersebut sebelum menaiki pesawat dari Malaysia.

Jika saya transit (tukar flight) di negara yang memerlukan visa (seperti USA), adakah saya perlu memohon visa juga?

Ya, perlu. Negara seperti Amerika Syarikat tidak mempunyai konsep “transit kawasan antarabangsa” tanpa visa. Walaupun anda tidak keluar dari lapangan terbang dan hanya menunggu penerbangan seterusnya selama 2 jam, anda wajib memohon Visa Transit (C-1 Visa) atau memiliki Visa Pelancong (B1/B2) yang sah.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×