Sidang Kemuncak ASEAN 2025 – Tarikh, Negara Terlibat, Jalan Ditutup
October 8, 2025

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal menjadi tumpuan utama rantau Asia Tenggara apabila Malaysia bertindak selaku tuan rumah kepada perhimpunan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN. Semak info terkini di portal rasmi ASEAN Malaysia 2025 di pautan berikut: www.myasean2025.my/
Dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia, sidang kemuncak berprofil tinggi ini akan menghimpunkan ketua-ketua negara bagi membincangkan isu-isu serantau seperti kerjasama ekonomi, keselamatan, perubahan iklim, digitalisasi dan hubungan luar.
Sebagai hos rasmi, Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju strategik ASEAN untuk tahun mendatang.
Dalam masa yang sama, rakyat terutama di ibu negara dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan kesesakan lalu lintas dan sekatan jalan tertentu.
Artikel ini menghuraikan secara lengkap info penting seperti tarikh rasmi, lokasi penganjuran dan persediaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang perlu anda tahu.
BACA JUGA: ASEAN – Sejarah Penubuhan, Matlamat & Negara Anggota
Apa Itu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (2025)?
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah acara perhimpunan tertinggi yang menghimpunkan ketua negara dan kerajaan dari 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.
Sidang ini diadakan secara berkala untuk membincangkan isu-isu utama serantau dan antarabangsa serta merangka dasar kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, perubahan iklim, dan hubungan luar negeri.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, dari 26 hingga 28 Oktober 2025.
Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.
Acara ini akan menjadi platform utama bagi memperkukuh kerjasama ekonomi, keselamatan, dan sosial budaya dalam kalangan negara anggota dan negara rakan dialog, termasuk negara besar seperti Amerika Syarikat yang juga mengesahkan kehadiran Presiden Donald Trump ke sidang kemuncak tersebut.
Selain pertemuan pemimpin, sidang ini turut memberi kesan kepada aktiviti harian di Kuala Lumpur dan Selangor; sebagai contoh, 72 sekolah di kawasan tersebut diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada tarikh 27 dan 28 Oktober bagi memudahkan perjalanan delegasi serta memastikan kelancaran acara.
Sidang ini berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama dan menetapkan hala tuju serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama.
Melalui perjanjian dan deklarasi yang dipersetujui, ASEAN memperkukuh perpaduan dan identitinya sebagai sebuah komuniti serantau yang progresif dan berpengaruh di peringkat global.
Tema utama Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 ialah inklusiviti dan pembangunan lestari, sekali gus menonjolkan kepentingan kesejahteraan bersama dan keutuhan komuniti ASEAN.
Dengan persiapan rapi dan kawalan keselamatan yang ketat, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal menjadi medan diplomasi serta kerjasama utama di Asia Tenggara pada tahun ini, mempertemukan pemimpin dari pelbagai negara bagi membincangkan isu kritikal dan mencari penyelesaian terbaik demi masa depan rantau ini.












Menurut Astro Awani, sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober tahun ini dijangka yang terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak 1976.
Ia disebabkan oleh penyertaan pelbagai negara bukan Rakan Dialog ASEAN yang mengesahkan kehadiran pada sidang kemuncak itu.
Objektif Sidang Kemuncak ASEAN ke 47
Antara objektif utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (2025) adalah:
- Memperkukuh kerjasama serantau dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, perubahan iklim, dan hubungan luar negeri demi kestabilan dan kemakmuran bersama di Asia Tenggara.
- Menjalankan diplomasi strategik untuk memperkukuh hubungan ASEAN dengan rakan dialog antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, China, India, Kesatuan Eropah, dan lain-lain negara utama.
- Membangun tenaga kerja yang inklusif, berdaya tahan, dan fleksibel dengan fokus kepada tema “Keterangkuman dan Kemampanan,” yang menekankan kemampuan tenaga kerja menyesuaikan diri dengan perubahan global dan teknologi.
- Memupuk perpaduan dan memperkuat identiti ASEAN sebagai komuniti serantau yang dinamik dan berpengaruh di peringkat global.
- Menggalakkan dasar dan inisiatif inovatif dalam menangani cabaran serantau, termasuk pembangunan lestari, keselamatan makanan, digitalisasi, dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Sidang kemuncak ini turut memberi impak positif terhadap dasar pekerjaan fleksibel seperti galakan bekerja dari rumah (BDR), yang dijangka membawa perubahan jangka panjang dalam pengurusan tenaga kerja di negara-negara anggota ASEAN.
Fokus Sidang Kempuncak ASEAN 2025
Sidang kali ini bukan hanya memberi tumpuan kepada isu geopolitik, tetapi lebih menekankan agenda besar ASEAN sebagai kuasa ekonomi dunia. Fokus utama adalah untuk:
- Mempercepatkan integrasi rantau ASEAN agar lebih efisien dan berdaya saing.
- Memperkukuh kerjasama ekonomi antara negara anggota ASEAN.
- Menarik pelaburan strategik ke rantau Asia Tenggara.
- Meluaskan perdagangan serantau dan antarabangsa.
Negara yang Terlibat
Berikut ialah senarai 10 negara yang terlibat dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47:
- Malaysia (tuan rumah)
- Brunei Darussalam
- Kemboja (Cambodia)
- Indonesia
- Laos
- Myanmar
- Filipina (Philippines)
- Singapura
- Thailand
- Vietnam
Selain 10 negara anggota ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (2025) turut dihadiri oleh pelbagai negara rakan dialog. Negara-negara rakan dialog ini termasuk:
- Amerika Syarikat
- Kanada
- Australia
- New Zealand
- Jepun
- Korea Selatan
- China
- Rusia
- India
- Kesatuan Eropah (European Union)
Turkiye (Turki) juga sedang dalam proses untuk menjadi rakan dialog rasmi ASEAN dan menunjukkan minat yang tinggi untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang seperti tenaga, teknologi, serta pengurusan air.
Negara-negara rakan dialog ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik, termasuk dalam bidang pertahanan, alam sekitar, perdagangan, dan pembangunan lestari yang menjadi fokus utama dalam sidang kemuncak tahun ini.
Tarikh, Lokasi & Jadual Program Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan diadakan pada tetapan seperti berikut:
- Tarikh :26 hingga 28 Oktober 2025
- Lokasi :Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia
- Tema : ‘Keterangkuman dan Kemampanan’


Kehadiran Presiden Donald Trump
Kehadiran Presiden Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tahun 2025 di Kuala Lumpur merupakan antara tumpuan utama dunia ketika ini.
Jemputan Trump bukan sekadar hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat, tetapi adalah mandat diplomatik ASEAN yang diberikan kepada Malaysia sebagai pengerusi dan tuan rumah sidang kemuncak tahun ini.
Tujuan Diplomatik ASEAN dan Pengiktirafan Malaysia:
- Kehadiran Presiden Trump dilihat sebagai pengiktirafan kepada ASEAN dan kepimpinan Malaysia, bukan pengiktirafan dasar atau peribadi Trump secara langsung.
- Mandat ini memberi peluang kepada Malaysia untuk membawa suara ASEAN mengenai isu besar seperti Palestin, ekonomi dunia, dan kepentingan serantau di pentas global.
Malaysia menegaskan, sidang kemuncak kali ini tidak hanya membincangkan isu geopolitik, tetapi memberi tumpuan kepada agenda pakatan ekonomi, pelaburan strategik dan integrasi rantau Asia Tenggara dengan dunia luar.
Kehadiran Trump adalah sebahagian daripada diplomasi terbuka, bukan pendekatan pengasingan.
Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di sidang ini membawa mandat diplomasi ASEAN:
- Malaysia memegang mandat diplomasi ASEAN, bukan sebagai pengiktirafan peribadi kepada mana-mana pemimpin tertentu, tetapi kepada ASEAN secara kolektif dan kepimpinan Malaysia.
- Mandat ini menunjukkan pengiktirafan dunia terhadap peranan ASEAN dan Malaysia sebagai pengerusinya.
- Malaysia menegaskan komitmennya mempertahankan sokongan kepada Palestin, mengekalkan prinsip keadilan dan keamanan sejagat.
Senarai Sekolah Terlibat PdPR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Sebanyak 72 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 hingga 28 Okt ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Kementerian Pendidikan memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.
Senarai sekolah yang terlibat akan dikemas kini kelak.
Senarai Jalan Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Berikut ialah senarai jalan dan lebuh raya utama yang akan ditutup secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur:
Jalan Utama Sekitar KLCC & Pusat Bandar
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan P. Ramlee
- Jalan Pinang
- Jalan Binjai
- Persiaran KLCC
- Jalan Tun Razak
- Jalan Parlimen
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Jalan Damansara
- Jalan Istana
- Jalan Kuching
- Jalan Perak
- Persimpangan strategik: Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee, Jalan Perak-Jalan P. Ramlee, Jalan Perak-Jalan Pinang, Jalan Stonor-Jalan Kia Peng, Jalan Stonor-Persiaran KLCC
Laluan ke Lapangan Terbang & Kawasan Hubungan Utama
- Laluan dari KLIA dan Subang menuju pusat bandar
- Lingkaran Putrajaya & Lebuh KLIA
Lebuh Raya Utama (Akses dan Konvoi Delegasi)
- Lebuhraya Maju (MEX)
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS, dari Sungai Buloh ke Jalan Duta)
- Lebuhraya ELITE (KLIA-Putrajaya)
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE, Subang-Jalan Duta)
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
- Lebuhraya KL-Seremban (Sungai Besi – Pusat Bandar)
NOTA:
- Penutupan dilakukan secara berkala, biasanya 30 hingga 45 minit untuk memberi laluan konvoi delegasi bertaraf tinggi.
- Kawasan “Segitiga Emas” sekitar KLCC dijangka paling terjejas.
- PDRM menasihati orang ramai untuk mengelakkan laluan ini dan menggunakan pengangkutan awam (MRT, LRT, Monorel, bas) sepanjang tempoh sidang berlangsung.
- Kenderaan berat dilarang memasuki pusat bandar pada waktu puncak sidang.
Kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sidang kemuncak ini berlangsung.
Info penutupan jalan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai sidang kemuncak ASEAN yang ke-47, sila rujuk:
Soalan Lazim Sidang Kemuncak ASEAN 2025 ke – 47
Sidang Kemuncak ASEAN ialah perhimpunan tahunan tertinggi pemimpin 10 negara anggota ASEAN yang bertujuan membincangkan isu serantau dan antarabangsa penting dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi, dan sosial budaya. Sidang ke-47 dijadual diadakan di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober 2025 dengan Malaysia sebagai pengerusi.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung pada 26-28 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia.
Tema utama ialah “Keterangkuman dan Kemampanan”, menumpukan kepada pembangunan serantau yang inklusif, lestari, dan mampu menghadapi cabaran global, dengan fokus pada pengukuhan komuniti ASEAN dan kerjasama strategik dengan rakan dialog antarabangsa.
– Memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan
– Menarik pelaburan strategik dalam kawasan ASEAN
– Memperluas jaringan strategik dengan negara Teluk (GCC) dan China
– Integrasi rantau ASEAN sebagai kuasa ekonomi dunia
– Isu keselamatan dan keamanan serantau
– Isu pemerkasaan wanita, perubahan iklim dan pembangunan mampan.
– Pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN
– Negara rakan dialog seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, Kanada, New Zealand, dan Kesatuan Eropah
– Tetamu khas kawasan GCC, Brazil, Afrika Selatan serta negara kuasa besar lain
– Kehadiran Presiden Donald Trump dari Amerika Syarikat turut disahkan.
Ketua ASEAN untuk tahun 2025 adalah Malaysia. Malaysia secara resmi memegang jabatan Ketua ASEAN sejak 1 Januari 2025.
Ya, Donald Trump disahkan akan hadir, mewakili Amerika Syarikat, atas mandat diplomatik yang dipegang oleh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Ya, beberapa jalan dan lebuh raya utama di Kuala Lumpur akan ditutup mulai 26 hingga 28 Oktober 2025 bagi memastikan kelancaran pergerakan delegasi dan keselamatan acara.
Antara yang dijangka hadir ialah Presiden China, Xi Jinping, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, dan beberapa pemimpin dari Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan negara Teluk.
Gaming
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Lifestyle