Cara Booking Slot Di Restoran Khairul Aming
April 29, 2026

Tempahan slot di restoran Rembayung Khairul Aming boleh dilakukan secara online dengan mudah melalui pautan ini:
Rembayung, adalah restoran pertama Khairul Aming (seorang pempengaruh dan usahawan) yang dibuka pada Januari 2026.
Setelah berjaya menguasai pasaran digital dengan Sambal Nyet, kini usahawan terkenal ini melangkah ke dunia perniagaan fizikal (offline) dengan pelaburan mencecah RM4 Juta!
Restoran ini berkonsepkan makanan kampung Melayu dan terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur, lebih kurang 9 minit sahaja dari bangunan ikonik, KLCC.
Ringkasan Tempahan Rembayung, Restoran Khairul Amin
- Sistem tempahan untuk restoran Rembayung akan dibuka setiap hari pada jam 9 malam, kecuali hari Jumaat.
- Tempahan boleh dilakukan melalui pautan berikut:
- Deposit RM10 seorang diperlukan bagi mengesahkan tempahan.
- Tempahan dibuka untuk saiz meja 3 orang sehingga 8 orang termasuk kanak-kanak.
- Rembayung dibuka setiap hari (kecuali JUMAAT) bermula pukul 11 pagi sehingga 11 malam. Jumaat tutup.


Siapa Khairul Aming?
Khairul Aming, atau nama penuhnya Khairul Amin bin Kamarulzaman merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat.
Beliau mula dikenali ramai sebagai pencipta kandungan digital (influencer) melalui video masakan ringkas dan tutorial makanan jauh sebelum melangkah ke dunia usahawan.
Siri terkenalnya, “30 Hari, 30 Resipi” yang disiarkan setiap Ramadan berjaya menarik jutaan tontonan dan pengikut di pelbagai platform media sosial.
Kejayaan digital ini diterjemahkan ke dalam perniagaan fizikal dengan pelancaran produk pertamanya, Sambal Nyet Berapi.
Produk ini mencipta fenomena jualan, sering kali habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja dengan keuntungan mencecah jutaan ringgit setahun.
Kini, beliau melangkah lebih jauh lagi dengan membuka sebuah restoran yang dikenali sebagai Rembayung selepas 10 tahun bergiat aktif dalam dunia digital.




Tempahan/Booking Slot Rembayung
Sistem tempahan untuk restoran Rembayung akan dibuka setiap hari pada jam 9 malam, kecuali hari Jumaat. Langkah ini diperkenalkan bagi memastikan proses tempahan lebih adil, teratur dan selesa untuk semua pelanggan.
Waktu & Jenis Slot Tempahan
Setiap malam jam 9 malam, dua jenis slot tempahan akan dibuka:
- Long-term booking: Untuk tarikh 2 minggu ke hadapan
- Short-term booking: Untuk tarikh 2 hari ke hadapan
Sekiranya semua slot pada malam tersebut telah penuh, slot seterusnya akan dibuka pada jam 9 malam keesokan harinya.
Kenapa Sistem Ini Digunakan?
Menurut KA, kaedah ini terpaksa dilaksanakan bagi:
- Mengelakkan orang ramai kepenatan menunggu slot tanpa waktu yang tetap
- Menghalang resellers daripada memborong slot sepanjang hari
- Memberi peluang yang lebih adil kepada semua pelanggan
Isu “Sold Out” Dalam Waiting Room
Berkenaan persoalan kenapa status “sold out” tidak terus dipaparkan dalam waiting room:
- Isu ini telah dimaklumkan kepada pihak developer
- Developer memerlukan masa untuk menyelesaikannya
- Restoran Rembayung baru beroperasi lebih seminggu
- Sistem tempahan Umai sedang ditambah baik setiap hari
Buat masa sekarang, akaun @rembayungmy akan memaklumkan secara manual setiap malam sekiranya slot telah habis dijual.
Deposit Ditolak Tapi Tiada Email Pengesahan
Jika bayaran deposit telah ditolak tetapi tiada confirmation email diterima:
- Sila DM butiran tempahan (nama, tarikh & masa) ke akaun @rembayungmy
- Kebiasaannya berlaku kerana kesilapan ejaan email (typo) semasa membuat tempahan
- Jangan risau, pasukan Rembayung akan bantu menyelesaikan isu tersebut
Isu Tambah Pax (Bilangan Pelanggan)
Untuk masa sekarang:
- Tidak dibenarkan menambah pax
- Semua meja telah disusun awal mengikut saiz tempahan
- Ini bagi memastikan setiap pelanggan mendapat meja yang sesuai dan selesa
Cara Buat Tempahan / Booking Slot Restoran Rembayung
Berikut adalah cara untuk membuat tempahan secara dalam talian untuk makan di Restoran Rembayung:
- Klik pada pautan ini:
- Tunggu sehingga anda dibawa ke paparan seterusnya.
- Klik pada butang “Make a Reservation”.
- Anda perlu memilih tarikh dan masa slot yang dibuka mengikut sesi lunch atau dinner.
- Masukkan jumlah ahli keluarga / rakan yang akan datang. Minimum 2 orang dan maksimum 8 orang bagi setiap tempahan.
- Bayar deposit RM10 untuk tempahan yang dibuat.
- Tempahan anda telah berjaya direkodkan.
- Anda perlu tunjukkan bukti tempahan melalui emel yang diterima semasa tiba di pintu masuk nanti.






Arahan Sebelum Buat Tempahan
Bagi memastikan pengalaman yang selesa dan teratur untuk semua tetamu, kami memohon kerjasama anda untuk mengambil maklum perkara berikut:
TERKINI:-
- Setiap pelanggan hanya dibenarkan satu tempahan sehari. Tempahan berganda yang dikesan menggunakan nama, nombor telefon, e-mel atau wakil yang sama, berhak dibatalkan tanpa pemulangan deposit bagi memastikan kelancaran operasi dan peluang tempahan yang adil kepada pelanggan lain.
TAKEAWAY (Slot Bulan Puasa):-
- Tetamu yang hadir untuk slot takeaway hanya dibenarkan masuk maksimum 4 orang sahaja dan akan ditunjukkan tempat duduk di mana tempahan takeaway akan diambil. Kemudian tetamu dikehendaki menunggu seketika sementara team dapur menyiapkan tempahan makanan.
- Deposit RM10 seorang diperlukan bagi mengesahkan tempahan. Deposit ini tidak boleh dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan, namun akan ditolak sepenuhnya daripada jumlah bil pada hari kunjungan.
- Slot akan disimpan selama 15 minit dari waktu tempahan. Sekiranya kelewatan melebihi tempoh ini, tempahan akan dibatalkan secara automatik dan deposit tidak akan dikembalikan.
- Semua pembayaran di Rembayung adalah secara tanpa tunai (cashless). Kami menerima pembayaran melalui kad debit, kad kredit dan QR.
DINE IN:-
- Tempahan dibuka untuk saiz meja 3 orang sehingga 8 orang. Kanak-kanak dikira sebagai sebahagian daripada bilangan ini. Nota: Tetamu yang ingin hadir berseorangan atau berdua boleh memilih saiz meja 3 orang.
- Sekiranya kumpulan anda memerlukan meja di lantai bawah atas faktor seperti penggunaan kerusi roda, kereta sorong bayi atau keperluan kesihatan lain (contohnya bertongkat), sila maklumkan semasa membuat tempahan agar susunan tempat duduk yang sesuai dapat disediakan.
- Deposit RM10 seorang diperlukan bagi mengesahkan tempahan. Deposit ini tidak boleh dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan, namun akan ditolak sepenuhnya daripada jumlah bil pada hari kunjungan.
- Meja akan disimpan selama 15 minit dari waktu tempahan. Sekiranya kelewatan melebihi tempoh ini, tempahan akan dibatalkan secara automatik dan deposit tidak akan dikembalikan.
- Setiap tempahan diperuntukkan masa makan selama 1 jam 45 minit, bermula dari waktu tempahan asal, bagi memastikan kelancaran servis kepada semua tetamu.
- Susunan tempat duduk akhir adalah tertakluk kepada ketersediaan dan pelan lantai pada hari kunjungan.
- Semua pembayaran di Rembayung adalah secara tanpa tunai (cashless). Kami menerima pembayaran melalui kad debit, kad kredit dan QR.
Terima kasih kerana memilih Rembayung. Kami berbesar hati untuk menyambut kehadiran anda.


Waktu Operasi Rembayung
Restoran Rembayung beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat.
Restoran ini telahpun dibuka bermula pada 7 Januari 2026 dan menerima pelangga melalui slot tempahan sahaja. Tiada walk-in.
| Hari | Waktu Operasi |
|---|---|
| Isnin – Khamis | 11:00 AM – 11:00 PM |
| Jumaat | (Tutup untuk solat Jumaat) |
| Sabtu – Ahad | 11:00 AM – 11:00 PM |


Lokasi Restoran Khairul Aming, Rembayung
Lokasi restoran ini adalah di Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira 9 minit dari KLCC.
Pemilihan kawasan ini sangat signifikan untuk memastikan Restoran Rembayung mengekalkan identiti akar Melayu dan autentik di tengah-tengah pembangunan ibu kota.
Restoran ini dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi. Dengan kapasiti tempat duduk mencecah 250 pelanggan, Rembayung Kampung Baru dijangka menjadi hab gastronomi baharu di KL.
Alamat:Lot 2791, Jalan Daud, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Lokasi : Google Map




Rembayung Telan Modal RM4 Juta
Pelaburan sebanyak RM4 Juta ini bukan sekadar membina restoran, tetapi merupakan pelaburan tunggal terbesar Khairul Aming dalam kerjayanya.
Rembayung bukan sahaja menjana pendapatan, malah menawarkan peluang pekerjaan kepada sekitar 50 anak tempatan, sekali gus menyumbang kepada ekonomi komuniti.
KA menyatakan bahawa restoran ini adalah permulaan kepada perancangan 10 tahun akan datang. Ini menunjukkan fokus jangka panjang beliau untuk membina jenama makanan yang lebih besar dan berimpak.
Pendedahan projek ini selepas setahun dirahsiakan telah dianggap sebagai ‘masterclass’ dalam strategi perniagaan, membina jangkaan yang tinggi sebelum dilancarkan.
Konsep Restoran Rembayung
Khairul Aming memilih konsep makanan kampung untuk restoran pertamanya ini. Konsep ini memastikan akar hidangan Melayu terpelihara.
Masakan yang dihidangkan dijangka merupakan sajian autentik dan asli yang mengingatkan kita pada air tangan ibu di kampung.
Konsep ini bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang identiti negara kita. Malaysia.
Dengan beroperasi di Kampung Baru, Rembayung berfungsi sebagai ‘jambatan’ yang membawa kemewahan bandar ke suasana kampung, dan pada masa yang sama mempertahankan keunikan budaya Melayu di Kuala Lumpur.




Restoran Rembayung milik pempengaruh Khairul Aming di Kampung Baru, Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai hidangan masakan Melayu tradisional yang autentik dengan kualiti hidangan yang tinggi, seiring dengan reputasi Khairul Aming.
Berikut adalah antara menu utama dan harga yang telah dikongsikan oleh pelanggan sejak pembukaannya pada Januari 2026:
1. Pembuka Selera
- Cekodok Pisang
- Cucur Udang
- Otak-Otak
- Karipap
2. Hidangan Makanan
Lauk-Pauk Utama:
- Masak Lemak Cili Api: Ayam Salai, Siput Sedut, Daging Salai.
- Gulai Utara: Ikan Jenahak, Ikan Temenung, Ikan Masin.
- Sambal Tumis Petai: Ikan Bawal, Sotong, Udang.
- Masak Kicap: Ayam, Ikan Tenggiri, Telur Mata.
- Sambal Berlada: Ikan Siakap, Ikan Keli, Ayam Kampung.
- Sambal Hijau Petai: Ikan Siakap, Ikan Keli, Ayam Kampung.
Sayur & Hidangan Istimewa:
- Kerabu Daging Salai
- Sayur Masak Lemak Putih
- Set Ikan Rebus Goreng Bersama Budu Picit
- Kupang Masak Sambal Hijau Petai
- Tempoyak Daun Kayu
- Terung Masak Sambal Hijau Petai
- Ikan Keli Goreng / Ayam Kampung Goreng / Ikan Pekasam Goreng
- Telur Dadar
- Set Ulam Bersama Sambal Belacan
Sampingan & Set Si Kecil:
- Sampingan: Sambal (Tempoyak, Hijau Petai, Belacan), Ikan Masin Rangup, Telur (Rebus Goyang, Masin, Mata), Sup Kosong, Nasi Putih, Budu.
- Set Si Kecil: Set Ayam Kicap Si Kecil, Set Sup Ayam Si Kecil.
Pemanis Mulut:
- Tapai Pulut Aiskrim
- Pengat Nangka Bersama Pulut
- Cendol
- Buah Campur Asam Boi
3. Hidangan Minuman
Siri Kopi Santan & Kelapa:
- Kopi Santan
- Kelapa Bayu
- Kelapa Bunga Telang
- Kelapa Rembayung
Minuman Istimewa (Mocktails):
- Seri Bunga Raya
- Senandung Senja
- Kaseh Kasturi
Jus Buah Segar
- Jus Epal, Jus Tembikai, Jus Oren.
Minuman Harian (Panas & Ais):
- Teh Tarik Kampung
- Kopi / Kopi O
- Teh O / Teh O Limau
- Coklat
- Sirap Bandung (Biasa/Cincau/Laici)
Lain-lain: Limau Ais, Sirap Selasih Ais, Air Mineral (Botol), Air Kosong.
NOTA:Untuk melihat menu penuh, anda boleh lihat di media sosial rasmi atau laman web Rembayung.






















Kredit gambar menu: zulashryzulkifli




Kredit: Akmal Harris/ aireenfmn/ Mohd Zulhafidz Yahaya/ Aini Hassan


Info Menarik Mengenai Restoran Rembayung
Berikut merupakan beberapa info menarik dan perkara penting yang perlu anda tahu tentang Restoran Rembayung sebelum membuat tempahan
- Konsep by reservation sahaja – Tiada walk-in, semua pelanggan perlu buat tempahan awal.
- Lokasi strategik di Kampung Baru – Parking ada di sekitar kawasan, cuma kena rancang awal.
- Tempahan makanan secara borang fizikal – Menu dipilih dan direkodkan secara manual untuk kelancaran servis.
- Surau disediakan – Namun bersaiz kecil, sesuai untuk kegunaan asas.
- Mesra OKU – Akses restoran direka untuk memudahkan pelanggan berkeperluan khas.
- Mesra kanak-kanak – Sesuai untuk keluarga yang datang bersama anak-anak.
- Julat harga sederhana – Tidak terlalu mahal dan bukan kategori murah, sepadan dengan pengalaman yang ditawarkan.
- Mudah diakses dengan pengangkutan awam – Boleh sampai menggunakan monorel dan pengangkutan awam lain.
- Tiada private event buat masa ini – Fokus sepenuhnya kepada pengalaman pelanggan umum.
- Had masa dine-in 1 jam 50 minit – Bagi memastikan giliran pelanggan berjalan lancar.
- Semua staf warganegara Malaysia – Menyokong tenaga kerja tempatan sepenuhnya.
- Kapasiti maksimum 250 orang pada satu-satu masa – Demi keselesaan dan kawalan servis.
- Fasa awal pembukaan – Hanya 50% slot reservation dibuka terlebih dahulu untuk kawalan operasi.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat menu dan pembukaan, sila rujuk laman web rasmi : https://rembayung.com. Anda juga boleh mengikuti semua laman sosial Rembayung di pautan berikut:
Soalan Lazim – Rembayung
Restoran Rembayung merupakan restoran pertama milik Khairul Aming (Khairul Amin bin Kamarulzaman) yang akan dibuka pada Januari 2026. Ia menampilkan konsep masakan kampung Melayu autentik dengan sentuhan moden dan menjadi langkah pertama beliau ke dunia perniagaan fizikal (offline) selepas lebih 10 tahun membina empayar digital.
Khairul Aming ialah pencipta kandungan digital terkenal yang mula dikenali melalui video masakan ringkas dan tutorial makanan. Siri ikonik beliau, “30 Hari, 30 Resipi”, setiap Ramadan berjaya mencatat jutaan tontonan.
Beliau juga merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat, serta pengasas produk tular Sambal Nyet Berapi yang mencipta fenomena jualan jutaan ringgit setahun.
📍 Alamat:
Lot 2791, Jalan Daud, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Lokasinya kira-kira 9 minit dari KLCC dan mudah diakses menggunakan monorel serta pengangkutan awam lain.
Pemilihan Kampung Baru sangat signifikan kerana ia mengekalkan akar identiti Melayu di tengah pembangunan bandar Kuala Lumpur. Rembayung berfungsi sebagai “jambatan” antara kemodenan bandar dan warisan kampung Melayu.
Rembayung mengangkat konsep makanan kampung Melayu asli, menekankan rasa autentik yang mengingatkan kepada air tangan ibu di kampung. Ia bukan sekadar restoran, tetapi lambang identiti dan budaya.
Tidak. Restoran Rembayung menggunakan konsep by reservation sahaja. Semua pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu secara dalam talian.
Tempahan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
👉
Langkah tempahan:
1. Klik pautan dan tekan “Make a Reservation”
2. Pilih tarikh dan slot masa (lunch / dinner)
3. Masukkan bilangan tetamu (minimum 2, maksimum 8 orang)
4. Bayar deposit RM10 seorang
5. Tempahan berjaya dan pengesahan akan dihantar melalui emel
6. Tunjukkan emel tempahan semasa tiba di restoran
Minimum 2 orang, maksimum 8 orang (kanak-kanak dikira)
Deposit RM10 seorang (tidak boleh dipulangkan jika batal, tetapi ditolak dari bil)
Meja disimpan selama 15 minit sahaja
Had masa makan 1 jam 45–50 minit setiap tempahan
Semua bayaran adalah cashless (kad & QR sahaja)
Kapasiti maksimum: 250 orang pada satu-satu masa
Fasa awal pembukaan: Hanya 50% slot reservation dibuka terlebih dahulu bagi memastikan operasi berjalan lancar
Ya.
✔ Mesra OKU
✔ Mesra kanak-kanak
✔ Menu khas kanak-kanak disediakan seperti Set Ayam Kicap Si Kecil dan Set Sup Ayam Si Kecil lengkap dengan sayur & buah segar
Tidak buat masa ini. Restoran memberi fokus sepenuhnya kepada pelanggan umum.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.