Senarai Harga Langganan TV Berbayar di Malaysia 2026
September 14, 2026

Mencari hiburan terbaik untuk seisi keluarga tanpa membazir wang? Dengan lambakan platform penstriman digital dan kotak TV pintar di pasaran, penting untuk anda tahu pelan mana yang paling berbaloi dengan bajet bulanan anda.
Dalam panduan lengkap ini, kami kumpulkan Senarai Harga Langganan TV Berbayar di Malaysia 2026 yang paling terkini dan popular digunakan oleh rakyat Malaysia.
Daripada peminat tegar sukan bola sepak langsung sehinggalah kaki layan drama Korea, jom semak perbandingan harga pakej terbaharu Astro, Netflix, Unifi TV, dan banyak lagi di bawah supaya anda tidak tersalah pilih!
Harga Langganan TV Berbayar di Malaysia 2026
1. Astro (Astro X3 & Astro One)
Astro kini menawarkan pilihan tanpa kotak hiasan (No Box) melalui siri Astro X3 untuk penstriman digital segera, serta pelan premium Astro One yang disertakan sekali dengan kotak Astro Box.


Astro X3
- Astro X3 Entertainment 12 Pack (Tanpa Kotak): RM39.99 / bulan
- Astro X3 Sports 12 Pack (Tanpa Kotak): RM69.99 / bulan
Astro One
- Astro One Entertainment Pack (Dengan Kotak): RM49.99 / bulan
- Astro One Sports Pack (Dengan Kotak): RM69.99 / bulan
- Astro One Epic Pack (Paling Lengkap): RM159.99 / bulan
Anda boleh semak pakej dan promosi terbaharu di Astro TV Packs.
2. Unifi TV
Melalui aplikasi Unifi TV 2.0, anda boleh menstrim kandungan kegemaran pada bila-bila masa di mana-mana sahaja melalui telefon, tablet, mahupun Smart TV. Berikut ialah antra pilihan langganan yang anda boleh langgan mengikut bajet dan keperluan anda:
- Star Pack: RM16.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM12.00 / bulan)
- Sports Pack: RM39.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM30.00 / bulan)
- Max Pack (BESTSELLER): RM39.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM30.00 / bulan)
- Kids Pack: RM39.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM30.00 / bulan)
- Wira Pack: RM39.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM30.00 / bulan)
- Ying Xiong Pack: RM39.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM30.00 / bulan)
- Veeran Pack: RM39.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM30.00 / bulan)
- Super Star Pack (RECOMMENDED): RM181.00 / volume (Diskaun Unifi: RM139.00 / bulan)
- All-Star Pack: RM111.00 / bulan (Harga promosi khas)
- Netflix Pack (RECOMMENDED): RM69.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM52.00 / bulan)
- Disney+ Pack: RM52.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM39.00 / bulan)
- Max Plus Pack: RM78.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM60.00 / bulan)
- Build-Your-Own Pack: RM30.00 / bulan (Diskaun Unifi: RM23.00 / bulan)
Anda boleh semak butiran kandungan setiap pelan di Unifi TV Consumer Packs.


3. Sooka
Sooka merupakan aplikasi penstriman milik Astro yang memfokuskan kepada kandungan sukan langsung dan drama tempatan (Melayu/Asia).
Kelebihan utama sooka ialah tiada komitmen kontrak dan anda boleh memilih untuk melanggan pelan bulanan, pas harian, atau menonton secara percuma!


Berikut adalah senarai penuh pelan dan harga langganan yang ditawarkan
| Pelan | Percuma (Free) | Pas 24 Jam | Hiburan (Entertainment) | Hiburan+ (Entertainment+) | Sukan + Hiburan | Premium |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Harga (Asas) | RM0.00 | RM12.50 / hari | RM13.90 / bulan | RM28.00 / bulan | RM29.60 / bulan | RM47.10 / bulan |
| Pembelian via Web | Tidak Berkenaan | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
| Pembelian via Aplikasi | Tidak Berkenaan | Tidak Berkenaan | Ya | Tidak Berkenaan | Ya | Ya |
| Tempoh Sah | Tanpa Had | 24 Jam | Bulanan | Bulanan | Bulanan | Bulanan |
| Ciri-ciri | Percuma (Free) | Pas 24 Jam | Hiburan (Entertainment) | Hiburan+ (Entertainment+) | Sukan + Hiburan | Premium | Tongkat TV (TV Stick) |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Peranti / Skrin | 1 Mudah Alih / Komputer | 1 Mudah Alih / Komputer | 1 Mudah Alih / Komputer | 2 Mudah Alih / Komputer / TV | 2 Mudah Alih / Komputer | Sehingga 3 peranti | Peranti sahaja |
| Resolusi | 480p SD | 720p HD | 720p HD | 1080p HD | 720p HD | 1080p HD hingga 4K | 4K |
| Iklan | Ya | Iklan Terhad | Iklan Terhad | Iklan Terhad | Iklan Terhad | Tiada | Tiada |
Pilihan Peranti Pelan Premium:
- 1 TV + 2 Peranti Mudah Alih / Komputer; atau
- Sehingga 3 Peranti Mudah Alih / Komputer.
| Kandungan | Percuma (Free) | Pas 24 Jam | Hiburan (Entertainment) | Hiburan+ (Entertainment+) | Sukan + Hiburan | Premium | Tongkat TV (TV Stick) |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Rancangan TV & Filem | Terhad | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya |
| Sukan Live | Terhad | Ya | Tiada | Tiada | Ya | Ya | Ya |
| Apa Yang Didapat | Akses Asas | Akses Penuh selama 24 Jam | Kandungan Hiburan Sahaja | Kandungan Hiburan Sahaja | Akses Penuh ke Semua Kandungan | Akses Penuh ke Semua Kandungan | Akses Penuh ke Semua Kandungan |
| Jenis Pelan | Harga Promosi (3 Bulan Pertama) | Pilihan Pelan 6 Bulan (Lebih Jimat) |
|---|---|---|
| Hiburan (Entertainment) | RM11.60 / bulan | RM65.90 sekali bayar |
| Sukan + Hiburan | RM24.60 / bulan | RM148.00 sekali bayar |
| Premium | RM29.60 / bulan | RM235.50 sekali bayar |
NOTA: Semua harga yang dipaparkan di atas adalah bersih sebelum dikira bersama Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak 8%.
Untuk semakan dan maklumat lanjut, sila rujuk: Sooka
4. Netflix Malaysia
Netflix Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga rasmi untuk semua pelan berkuat kuasa September 2026. Berikut ialah harga terkini langganan Netfflix Malaysia:
- Mobile: RM19.90 sebulan (sebelum ini RM18.90)
- Basic: RM33.90 sebulan (sebelum ini RM29.90)
- Standard: RM55.90 sebulan (sebelum ini RM49.90)
- Premium: RM69.90 sebulan (sebelum ini RM62.90)


Selain itu, jika anda berkongsi akaun Netflix Standard atau Premium dengan keluarga atau rakan yang tinggal di alamat rumah berbeza, anda wajib menambah slot ahli tambahan:
| Ciri Slot Tambahan | Pelan Standard | Pelan Premium |
|---|---|---|
| Kos Slot Tambahan | RM14.90 / bulan bagi setiap profil | RM14.90 / bulan bagi setiap profil |
| Had Maksimum Slot | Maksimum 1 Slot Sahaja | Maksimum 2 Slot Sahaja |
Anda boleh menyemak terma langganan rasmi terus di Netflix Malaysia
5. Disney+ Malaysia
Disney+ kekal menjadi antara pilihan utama untuk peminat setia siri Star Wars, filem adiwira Marvel, animasi Pixar, serta drama Korea eksklusif.
Mulai 1 Julai 2026, pelanggan Disney+ akan mempunyai pilihan pelan langganan berikut di platform tersebut:
- (a) Pelan Disney+ Basic Tahunan pada harga RM214.90 / tahunan;
- (b) Pelan Disney+ Premium Tahunan pada harga RM289.90 / tahunan;
- (c) Pelan Disney+ Basic Bulanan pada harga RM29.90 / bulanan; dan
- (d) Pelan Disney+ Premium Bulanan pada harga RM49.90 / bulanan.


Sila ambil perhatian bahawa harga di platform rakan kongsi mungkin berbeza, bergantung pada had platform berkaitan harga khusus negara/wilayah dan/atau mata wang di negara/wilayah tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa harga di atas adalah untuk langganan bermula 1 Julai 2026. Sila rujuk jadual di bawah yang menunjukkan ciri-ciri yang tersedia bagi setiap pelan.
| Pelan Disney+ Basic | Pelan Disney+ Premium | |
| Bayaran bulanan* | RM 29.90 | RM 49.90 |
| Bayaran tahunan* (Jimat sehingga 30%) | RM 214.90 | RM 289.90 |
| Strim semua kandungan | ✓ | ✓ |
| Muat turun kandungan tertentu (maksimum 10 peranti mudah alih sahaja)^** | ✓ | ✓ |
| Cipta Profil | Sehingga 7 | Sehingga 7 |
| Penstriman serentak | 1 Skrin | 3 Skrin |
| Log masuk peranti maksimum | 3 Peranti | 10 Peranti |
| Cast/Airplay | ✓ | ✓ |
| Kualiti Video maksimum^ | Sehingga HD Penuh(1080p) | Sehingga 4K Ultra HD(2160p) |
| Kualiti Audio maksimum | Sehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby) | Sehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby) |
| Peranti yang disokong | Telefon mudah alih, Tablet, Komputer riba, TV | Telefon mudah alih, Tablet, Komputer riba, TV |
*Langganan diperlukan. Caj bank tambahan mungkin dikenakan. Penjimatan adalah berdasarkan perbandingan dengan harga langganan bulanan selama 12 bulan.
^ Kandungan yang dimuat turun akan kekal pada peranti anda untuk tempoh masa terhad selagi anda merupakan pelanggan aktif Disney+ dan peranti anda disambungkan ke internet sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari.
^^ Kualiti video dan audio tertakluk kepada perkhidmatan internet, keupayaan peranti, kandungan serta jenis pelan langganan. Harap maklum bahawa TV Pintar memerlukan HDCP V2 dan HDCP V2.2 untuk masing-masing memainkan kandungan HD Penuh (1080p) dan 4K Ultra HD (2160p).
Maklumat lanjut, sila rujuk: Disney Plus Malaysia
6. Viu Malaysia
Kalau anda jenis yang tak boleh hidup tanpa layan K-Drama (Drama Korea) terbaru, anime Jepun, atau siri tempatan yang tengah trending (Viu Originals), Viu memang aplikasi yang wajib anda langgan.


Jadual Harga Rasmi Viu Premium Malaysia (tidak termasuk SST 8%)
| Jenis Pelan / Promosi | Harga | Kaedah Pembayaran |
|---|---|---|
| HBO Max & Viu Bundle | RM33.90 / bulan | Kad Kredit / Kad Debit |
| 6 Months (69th Merdeka Deal) | RM69.00 sekali bayar | Perbankan Atas Talian, Touch ‘n Go, & E-Wallet |
Maklumat lanjut boleh disemak melalui Viu Subscription Plans.
7. Tonton & TontonUp (Media Prima)
Tonton ialah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Berhad. Kalau anda jenis yang tak boleh tinggal drama Melayu TV3, ini adalah pilihan yang terbaik. Bukan drama Melayu je ada, macam-macam rancangan Jepun dan Korea pun ada.
Terdapat dua pelan iaitu akaun percuma (Tonton) dan juga pelan premium TontonUp yang boleh ditonton sehingga 2 peranti serentak (termasuk telefon, tablet, komputer, dan Smart TV/Chromecast).
Pelan yang ditawarkan ialah:
1. Pelan Percuma (Tonton)
- Harga: RM0.00
- Ciri-ciri utama:
- Menonton secara percuma dengan iklan.
- Akses saluran TV tempatan (TV3, TV9, 8TV, NTV7, Drama Sangat).
- Kualiti penstriman HD.
- Boleh ditonton pada 2 peranti serentak.
2. Pelan TontonUp (Paling Popular)
- Harga: RM28.00 untuk 3 Bulan (Sebulan RM9.90)
- Ciri-ciri utama:
- Membuka semua rancangan premium.
- Akses awal 24 jam untuk kandungan eksklusif.
- Akses saluran TV Premium (FIFA+, Thrill).
- Ganjaran Tonton Rewards bernilai lebih RM200 (termasuk akses WSM, NST, BH & HM).
- Hiburan On-Demand tanpa had dan acara Livestream eksklusif HD.
3. Pelan TontoUp Ad-Free (Tanpa Iklan)
- Harga: RM14.90 sebulan (Pilihan pelan Bulanan).
- Ciri-ciri utama:
- Semua ciri dalam TontonUp.
- Kelebihan utama: Penstriman tanpa iklan (Streaming without Ads).
4. Pelan TV Tuisyen
- Harga: RM9.90 sebulan (Pilihan pelan Bulanan).
- Ciri-ciri utama:
- Akses premium tanpa iklan untuk kandungan TV Tuisyen.
- Fokus 100% Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Merangkumi semua subjek dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
- Akses kepada lebih 3,500 video (Kuliah, Ulasan Guru, & Soalan Latihan).


Maklumat lanjut, boleh semak di Tonton.
8. iQIYI Malaysia
Buat anda yang kaki drama Asia, iQIYI Malaysia memang lubuk paling popular untuk layan drama Cina (C-drama), anime kegemaran, drama Korea, hinggalah ke rancangan variasi antarabangsa yang menarik.
Anda boleh pilih sama ada mahu menonton secara percuma dengan iklan, atau langgan pelan berbayar (VIP) untuk layan video secara berterusan tanpa sebarang gangguan.
Maklumat lanjut, sila rujuk: iQIYI


1. Pelan Pengguna Percuma (Free User)
- Kualiti Penstriman: Terhad kepada resolusi 720P sahaja.
- Peranti Serentak: Boleh ditonton pada 1 peranti dalam satu masa.
- Iklan: Mempunyai iklan (tiada fungsi VIP skip ads).
- Kandungan: Tiada akses untuk muat turun video, kandungan eksklusif, atau filem pecah panggung (Blockbusters).
2. Pelan Standard (Standard VIP)
- Kualiti Penstriman: Menyokong resolusi Full HD (1080P).
- Peranti Serentak: Boleh ditonton pada 2 peranti serentak (TV, PC, Telefon, Tablet).
- Ciri Utama: Tiada iklan (Skip ads), boleh muat turun kandungan VIP, tontonan lanjutan (Advanced viewing), akses kandungan eksklusif, audio Dolby, dan filem pecah panggung.
- Pilihan Harga Langganan:
- Tahunan (Yearly): RM89.90 (Pilihan terbaik / Best Choice).
- Suku Tahunan (Quarterly – 3 Bulan): RM39.90.
- Bulanan (Monthly): RM8.90 (Harga tawaran pengenalan / Intro Offer).


3. Pelan Premium (Premium VIP)
- Kualiti Penstriman: Menyokong resolusi tertinggi 4K (Ultra HD).
- Peranti Serentak: Boleh ditonton sehingga 4 peranti serentak dalam satu masa.
- Ciri Utama: Semua kelebihan pelan Standard ditambah dengan sokongan penuh Dolby Audio + Dolby Vision serta akses Pakej Ekspres (Express Package).
- Pilihan Harga Langganan:
- Tahunan (Yearly): RM125.90 (Harga tawaran pengenalan / Intro Offer).
- Suku Tahunan (Quarterly – 3 Bulan): RM59.90.
- Bulanan (Monthly): RM8.90 (Harga tawaran pengenalan / Intro Offer).


Soalan Lazim Senarai Harga Langganan TV Berbayar di Malaysia 2026
– Percuma (RM0): Tonton dan iQIYI menawarkan akaun percuma dengan iklan.
– Bawah RM15 sebulan: Sooka (Pelan Mobile), Viu Premium, dan TV Tuisyen TontonUp.
Hampir semua platform menyokong Smart TV melalui pelan standard atau premium mereka.
– Aplikasi telefon: Boleh dilanggan terus melalui Google Play Store atau Apple App Store.
– Laman web rasmi: Boleh dilanggan di laman web rasmi setiap platform
Ya. Anda memerlukan sambungan internet yang stabil sekurang-kurangnya 5 Mbps untuk kualiti biasa (SD/HD) dan 25 Mbps jika mahu menonton gambar yang sangat jelas (4K Ultra HD). Bergantung pada platform langganan.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.