PemilihanPresiden

PemilihanPresiden

Sumbangan Asas Rahmah & Bantuan RM100 (31/8/25)


Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan bantuan tambahan yang memberi kelegaan kepada rakyat berpendapatan rendah, khususnya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan Miskin / Miskin Tegar eKasih.

Anda boleh membuat semakan kelayakan dan permohonan di laman rasmi STR:

Manakala status bayaran bulanan pula boleh disemak melalui aplikasi MyKasih atau terus di pautan:

Mulai tahun 2025, bantuan ini diagihkan melalui program MyKasih untuk memudahkan penerima membeli barangan asas keperluan harian seperti beras, minyak masak, telur, sayur, dan pelbagai lagi.

Berikut dikongsikan info  lebih lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah 2025.

BACA JUGA: SARA 2025 – Sumbangan Asas Rahmah / MyKasih 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tanpa tunai yang disalurkan terus ke MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.

Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya melalui kredit yang boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan asas yang telah disenaraikan, seperti beras, minyak masak, tepung, susu, telur, ikan, ayam, sayur, dan pelbagai lagi keperluan dapur.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara — termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan seperti kedai Pak Mat di hujung jalan.

Secara keseluruhan, bantuan ini meliputi 90,000 jenis barangan dalam 14 kategori, termasuk roti, lampin pakai buang, ubat seperti Panadol, alat tulis, sabun mandi, dan banyak lagi.

Cara gunanya pun mudah — hanya perlu tunjukkan MyKad di kaunter pembayaran ketika membeli barang di bawah SARA.

Menariknya, baki kredit yang tidak digunakan tidak akan tamat tempoh dalam bulan yang sama, sebaliknya boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2025.

Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri mengumumkan berita gembira: setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 SARA secara one-off pada 31 Ogos 2025.

RM100 SARA secara one-off pada 31 Ogos 2025.RM100 SARA secara one-off pada 31 Ogos 2025.
RM100 SARA secara one-off pada 31 Ogos 2025

Aplikasi MyKasih/ SARA 2025

Aplikasi MyKasih untuk SARA 2025 boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store (untuk Android) dan Apple App Store (untuk iOS).

Aplikasi ini membolehkan penerima bantuan semak baki kredit SARA dalam akaun MyKad mereka, melihat jenis barangan yang boleh dibeli, serta mencari kedai runcit berdaftar yang menerima pembayaran secara cashless menggunakan MyKad.

Beberapa maklumat penting tentang aplikasi MyKasih dan SARA 2025:

  • Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad bagi golongan miskin dan miskin tegar bermula 15 Januari 2025, dengan jumlah maksimum RM2,100 setahun.
  • Aplikasi membolehkan semakan baki, status bantuan, dan lokasi kedai berdaftar dengan mudah melalui telefon bimbit
  • Pada tahun 2025, penyaluran SARA diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, dengan lebih 1,200 kedai runcit berdaftar.
  • Terdapat isu teknikal sementara yang telah menyebabkan aplikasi MyKasih dinyahaktifkan sementara waktu pada pertengahan 2025, namun urusan pembelian masih boleh dilakukan seperti biasa melalui MyKad.
  • Anda boleh lawati laman rasmi MyKasih untuk maklumat lanjut dan pautan muat turun aplikasi.

Pautan muat turun rasmi aplikasi MyKasih

blank

Siapa Yang Layak Menerima SARA 2025?

Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.

TIADA PERMOHONAN DIPERLUKAN. ANDA TIDAK PERLU MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN SARA 2025.

SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

Jumlah Bantuan SARA 2025

Jumlah bantuan SARA 2025 berbeza mengikut kategori penerima:

Kategori Penerima STR 2025 Status Miskin & Miskin Tegar eKasih Status Selain Miskin & Miskin Tegar eKasih
Isi Rumah(Tiada had umur) RM2,100 setahun– RM100 sebulan (Jan – Mac)- RM200 sebulan (Apr – Dis) RM900 setahun– RM100 sebulan (Apr – Dis)
Warga Emas Tiada Pasangan RM1,650 setahun– RM100 sebulan (Jan – Mac)- RM150 sebulan (Apr – Dis) RM450 setahun– RM50 sebulan (Apr – Dis)
Bujang(21–59 tahun) RM600 setahun– RM50 sebulan (Jan – Dis)

NOTA: Amaun kelayakan SARA 2025 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2025 diluluskan.

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:

Data eKasih Keputusan Kelayakan / Pembayaran
31 Januari 2025(layak SARA 2025 mulai Januari 2025) April 2025
30 April 2025(layak SARA 2025 mulai April 2025) Julai 2025
31 Julai 2025(layak SARA 2025 mulai Julai 2025) Oktober 2025
30 Oktober 2025(layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) November 2025

Semakan Kelayakan SARA 2025

Semakan kelayakan  Sumbangan Asas Rahmah, SARA 2025 boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Surat pemakluman

  • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR

2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)

  • Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.

3. Semakan terus melalui portal rasmi

  • Sila klik di sini untuk semakan melalui Portal Rasmi LHDN
  • Sila klik di sini untuk semakan melalui Portal rasmi MyKasih
blank
Semakan kelayakan SARA melalui portal LHDN
blank
Semakan kelayakan SARA melalui portal MyKasih

4. Hubungi

  • Semakan kelayakan SARA
    • Hubungi BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Semakan pelaksanaan SARA
    • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah Dikreditkan

Bantuan MyKasih atau SARA bagi tahun 2025 akan dimasukkan mengikut jadual seperti berikut:

Kategori Penerima Jumlah Setahun Kadar Bulanan & Tempoh
Penerima STR & eKasih
Isi Rumah RM2,100 RM100 sebulan (Januari – Mac)RM200 sebulan (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan RM1,650 RM100 sebulan (Januari – Mac)RM150 sebulan (April – Disember)
Bujang RM600 RM50 sebulan (Januari – Disember)
Penerima STR sahaja
Isi Rumah RM900 RM100 sebulan (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan RM450 RM50 sebulan (April – Disember)
Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah Dikreditkan
Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah DikreditkanTarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah Dikreditkan
Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah Dikreditkan

Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/SARA 2025

Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.

  1. Beras
  2. Telur
  3. Minyak Masak
  4. Tepung
  5. Roti
  6. Biskut
  7. Mi Segera
  8. Makanan Dalam Tin
  9. Minuman
  10. Bahan Perasa
  11. Produk Kebersihan Diri
  12. Keperluan Sekolah
  13. Ubat-ubatan
  14. Barangan Kebersihan Rumah
Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/SARA 2025Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/SARA 2025
Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/SARA 2025

Cara Membeli Barang Menggunakan MYKASIH/SARA 2025

Tunjuk MyKad di kaunter untuk juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. Masukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.

Cara Membeli Barang Menggunakan MYKASIH/SARA 2025Cara Membeli Barang Menggunakan MYKASIH/SARA 2025
Cara Membeli Barang Menggunakan MYKASIH/SARA 2025

Langkah-langkah membeli barangan:

  1. Pilih Barangan Keperluan:Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barang yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Tukar Nombor Pin:Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

NOTA: Semasa melakukan pembelian pertama di kedai, penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru di terminal juruwang.

Terlupa PIN MyKasih – Cara Reset PIN dalam Aplikasi MyKasih

  1. Muat turun Aplikasi MyKasih di sini
  2. Layari Profil
  3. Pilih Tetapkan Semula PIN
  4. Nombor PIN sementara (6-digit pertama MyKad) anda akan dipaparkan
  5. Tukar nombor PIN sementara kepada nombor pin baharu di terminal juruwang semasa transaksi anda yang seterusnya.

Jika anda menghadapi masalah memuat turun atau mengakses Aplikasi MyKasih, sila hubungi talian khusus berikut: 03 – 7720 1800 (8.30 pagi – 5.30 petang, Isnin – Jumaat, kecuali pada cuti umum)

Senarai Kedai

Anda rujuk senarai kedai yang menerima pembelian menggunakan SARA 2025 di sini:

Masukkan nama Bandar dan Negeri kemudian, klik Cari. Senarai kedai yang menerima MyKasih atau SARA akan dipaparkan pada halaman ini.

Senarai Kedai SARA 2025Senarai Kedai SARA 2025Senarai Kedai SARA 2025

Anda juga boleh rujuk  senarai kedai yang menerima SARA setiap negeri di sini:

Cara Semak Baki Sumbangan Asas Rahmah/MyKasih 2025

Anda boleh menyemak baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 atau MyKasih dengan beberapa cara berikut:

1. Semakan melalui portal MyKasih:

  • Layari portal semakan di
  • Klik pada “Semak Status”, masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) tanpa tanda sempang, kemudian masukkan captcha yang diberikan.
  • Tekan butang “Semak Status” untuk melihat baki dan status bantuan.

2. Melalui aplikasi MyKasih (MyKasih App):
Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple App Store. Setelah log masuk menggunakan nombor MyKad, anda boleh menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai runcit terdekat.

Aplikasi MyKasihAplikasi MyKasih
Gunakan Aplikasi MyKasih untuk Membuat Semakan Baki, Senarai Barang dan Lokasi

3. Semakan melalui talian telefon:
Anda juga boleh menghubungi LHDNM di 1-800-88-2747 atau Kementerian Kewangan di 03-8882 4565 / 4566 pada waktu operasi 9 pagi hingga 5 petang untuk pertanyaan baki dan status bantuan SARA.

4. Semakan status melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
Untuk penerima STR yang juga sebahagian program ini, boleh semak di dengan memasukkan nombor MyKad dan log masuk untuk melihat maklumat pembayaran dan baki.

Baki Sumbangan Asas Rahmah luput pada 31 Disember 2025Baki Sumbangan Asas Rahmah luput pada 31 Disember 2025
Baki Sumbangan Asas Rahmah luput pada 31 Disember 2025

SARA 2025: Bantuan Tunai One-Off RM100 untuk Rakyat Malaysia

Mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mi segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan
  14. Barangan Kebersihan Rumah.
Sumbangan Asas RahmahSumbangan Asas Rahmah
SARA 2025: Bantuan Tunai One-Off RM100 untuk Rakyat Malaysia
Sumbangan Asas RahmahSumbangan Asas Rahmah
SARA 2025: Bantuan Tunai One-Off RM100 untuk Rakyat Malaysia
Sumbangan Asas RahmahSumbangan Asas Rahmah
SARA 2025: Bantuan Tunai One-Off RM100 untuk Rakyat Malaysia
Sumbangan Asas RahmahSumbangan Asas Rahmah
SARA 2025: Bantuan Tunai One-Off RM100 untuk Rakyat Malaysia
Sumbangan Asas RahmahSumbangan Asas Rahmah
SARA 2025: Bantuan Tunai One-Off RM100 untuk Rakyat Malaysia

INFO PENTING:

Kredit RM100 SARA Untuk Semua ini boleh digunakan bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025 sahaja.Sekiranya masih ada baki selepas tarikh tersebut, ia akan ditarik balik dan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program lain yang akan diumumkan kemudian.

Setiap individu layak menerima RM100, manakala jumlah yang diterima oleh satu isi rumah akan bergantung kepada bilangan ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas.

Contoh: Suami isteri dengan dua anak yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 x 3 orang = RM300 secara keseluruhan.

✅ Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat mulai 21 Ogos 2025 di laman rasmi MyKasih:

Jangan lupa untuk membuat semakan dan menggunakan bantuan ini sebelum tarikh akhir!

BACA JUGA: SARA Untuk Semua – Bantuan RM100 One-off Guna MyKad

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi MyKasih di pautan berikut:

Atau, hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 .

MUAT TURUN SOALAN LAZIM MENGENAI BANTUAN SARA 2025 DI BAWAH:

FAQ – SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA 2025)

1. Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tanpa tunai yang disalurkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas. Bantuan ini diperkenalkan mulai tahun 2025 dan disalurkan melalui program MyKasih.

2. Bagaimana cara membuat permohonan Sumbangan Asas Rahmah 2025?

TIADA PERMOHONAN DIPERLUKAN. Anda boleh semak kelayakan sama ada layak atau tidak menerima Sumbangan Asas Rahmah 2025 melalui laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atau Portal rasmi MyKasih.

4. Apa cara login untuk Sumbangan Asas Rahmah?

Untuk login dan mengakses status bantuan, penerima boleh menggunakan aplikasi MyKasih yang tersedia di Google Play Store dan Apple App Store. Melalui aplikasi ini, penerima dapat melihat baki kredit dan transaksi SARA mereka.

5. Apakah perbezaan antara Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan dalam bentuk kredit tanpa tunai yang digunakan untuk membeli barangan asas di kedai rakan niaga MyKasih. Manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diberikan dalam bentuk wang tunai secara langsung kepada penerima pada waktu tertentu.

6. Bagaimana saya boleh membuat semakan bantuan tunai Rahmah?

Semakan bantuan tunai Rahmah boleh dibuat melalui portal rasmi Bantuan Tunai Rahmah di atau melalui sistem login yang disediakan untuk penerima.



Gaming
Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Lifestyle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *