RUU Pekerja Gig 2025 – Objektif & Kandungan Utama
September 3, 2025

RUU Pekerja Gig atau Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 (mohr.gov.my/ruupekerjagig/) telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Ogos 2025.
Ini menandakan tonggak baharu dalam perlindungan dan pengiktirafan rasmi kepada sektor gig negara. Ia merupakan satu detik bersejarah untuk lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia!


Maklumat rasmi mengenai RUU Pekerja Gig boleh dilayari di laman web rasmi Kementerian Sumber Manusia:
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025.
Apa Itu Pekerja Gig?
Sebelum itu, mari ketahui apa yang dimaksudkan dengan “Pekerja Gig”.
Maksud Pekerja Gig
‘Pekerja gig’ ertinya seorang INDIVIDU yang:
- merupakan seorang warga negara atau pemastautin tetap di Malaysia;
- membuat perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak bagi pelaksanaan
- i) apa-apa perkhidmatan dengan entiti kontrak yang merupakan penyedia platform;atau
- ii) perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual (rujuk gambar di bawah) dengan entiti kontrak yang bukan merupakan penyedia platform ,dan
- menerima pendapatan untuk perkhidmatan.


Contoh Kerja Gig Popular Di Malaysia
- E-hailing (Grab, AirAsia Ride)
- Penghantaran makanan/parcel (Foodpanda, GrabFood, ShopeeFood)
- Freelancer digital seperti penulis kandungan, pereka grafik, penterjemah
- Kreator kandungan digital (YouTuber, TikTok Host, Shopee/KL Live Influencer)
- Admin online & khidmat pelanggan digital
- Voice over dan penstriman langsung
- Microtasking/digital microwork (label data AI, upah kerja kecil digital)
Hak Pekerja Gig di Malaysia
Seseorang pekerja gig;
- hendaklah dimaklumkan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dipersetujui;
- hendaklah dimaklumkan perkhidmatan yang dipersetujui untuk dilaksanakan;
- hendaklah dimaklumkan kadar dan butiran pendapatan yang dipersetujui sebelum pekerja gig itu bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan;
- hendaklah dimaklumkan kaedah pembayaran pendapatan, tip dan ganjaran, dan faedah lain;
- hendaklah menerima pendapatan bagi perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh sebagaimana yang dipersetujui oleh entiti kontrak dan pekerja gig;
- hendaklah dirundingkan dan dimaklumkan jika terdapat apa-apa perubahan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan;
- hendaklah tidak ditamatkan perkhidmatannya tanpa alasan atau sebab yang munasabah; dan hendaklah disediakan dengan apa-apa mekanisme penyelesaian pertikaian.
Sebagai tambahan kepada hak yang disebut dalam subseksyen (1), seseorang pekerja gig yang membuat perjanjian perkhidmatan dengan penyedia platform;
- hendaklah dimaklumkan tentang sistem pemantauan berautomat melalui cara elektronik yang digunakan oleh penyedia platform untuk memantau, menyelia atau menilai pekerja gig, termasuklah akibat yang berbangkit daripadanya;
- hendaklah dimaklumkan tentang sistem pembuatan keputusan berautomat melalui cara elektronik yang digunakan oleh penyedia platform untuk membuat keputusan yang berhubungan dengan penugasan perkhidmatan dan suasana kerja pekerja gig; dan
- hendaklah disediakan dengan mekanisme kajian semula tidak berautomat kepada sistem yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) yang digunakan oleh penyedia platform.
Apa-apa terma dan syarat dalam perjanjian perkhidmatan yang berupa sebagai berkontrak keluar atau mengenepikan hak pekerja gig hendaklah batal dan tidak sah.


Statistik Pekerja Gig di Malaysia
Setakat 2023, ada lebih 1.12 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam ekonomi gigseperti p-hailing, e-hailing, freelancer, dan pelbagai perkhidmatan atas talian. Kini terdapat sekitar 246 platform digitalberdaftar yang menggerakkan sektor ini.
Berdasarkan data PERKESO hingga Ogos 2025, lebih 821 ribu pekerja sendiri telah mencarum di bawah skim perlindungan sosial, termasuk lebih 133 ribu pekerja p-hailing dan 189 ribu pekerja e-hailing. Jumlah ini dijangka terus meningkat apabila RUU Pekerja Gig 2025 dikuatkuasakan.


Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) awal 2025, negara mencatatkan 16.7 juta tenaga kerja, dan daripada jumlah itu, sekitar 3.45 juta orang (20.7%) terlibat dalam pekerjaan tidak formal termasuk sektor gig.
Ringkasnya, sektor gig kini semakin besar dan menjadi salah satu tulang belakang penting kepada ekonomi digital Malaysia.
Sumber: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
Apa itu Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025?
Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 (RUU Pekerja Gig) ialah undang-undang baru yang diluluskan di Parlimen Malaysia pada 27 Ogos 2025 untuk mengiktiraf, mengawal selia dan melindungi hak serta kebajikan pekerja gig seperti pemandu e-hailing, penghantar makanan dan pekerja digital yang bekerja secara bebas atau atas kontrak jangka pendek.


RUU ini memberikan pengiktirafan rasmi kepada kerja gig sebagai satu sektor profesional dan menetapkan bahawa pekerja gig mesti dimaklumkan tentang syarat perkhidmatan serta kadar bayaran sebelum memulakan kerja.
Selain itu, akta ini menjamin keselamatan sosial, termasuk caruman PERKESO, cuti, perlindungan insurans dan hak untuk merunding gaji serta syarat kerja.


RUU Pekerja Gig 2025 juga memperkenalkan mekanisme aduan serta tribunal khas untuk menyelesaikan pertikaian antara pekerja dan platform digital dan mendirikan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia sebagai badan kawal selia bebas untuk memastikan undang-undang ini sentiasa dikuatkuasakan demi kebajikan pekerja gig.


Pendek kata, undang-undang ini merupakan langkah penting untuk memberi jaminan dan perlindungan lebih baik kepada pekerja gig di Malaysia supaya mereka menjalani kehidupan dan pekerjaan yang lebih teratur serta bermaruah.
Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia juga akan ditubuhkan sebagai badan bebas untuk menguatkuasakan undang-undang dan melindungi kepentingan pekerja serta syarikat platform digital.


Objektif RUU Pekerja Gig 2025
- Memberi perlindungan sosial kepada pekerja gig seperti caruman PERKESO, cuti, dan perlindungan insurans.
- Menyediakan struktur dan garis panduan yang jelas bagi pekerjaan gig untuk memastikan hak dan kebajikan mereka terjamin.
- Mengiktiraf pekerja gig sebagai sebahagian daripada tenaga kerja rasmi dengan hak runding gaji dan syarat kerja yang adil.
- Menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia untuk mengawal selia dan memastikan pelaksanaan undang-undang efektif.
- Menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih cepat dan mudah melalui Tribunal Pekerja Gig.
- Mewujudkan ekosistem ekonomi gig yang adil dan mampan tanpa membebankan perniagaan dan pengguna.
Kenapa RUU Pekerja Gig 2025 Diperkenalkan?
Ekonomi gig di Malaysia kini berkembang pesat dengan lebih 1.2 juta pekerja gig yang aktif, yang sebelum ini kurang mendapat perlindungan undang-undang jelas.
Ramai pekerja gig tidak mempunyai jaminan pekerjaan tetap, keselamatan sosial, dan hak pekerja seperti dalam sektor tradisional, sehingga perlu ada undang-undang khusus.
RUU ini bertujuan mengimbangi kepentingan pekerja dan platform digital supaya industri gig dapat terus berkembang dengan asas yang kukuh dan adil.
Ia adalah langkah progresif selaras dengan perkembangan ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan model perundangan yang lebih fleksibel dan relevan.
Tarikh Pelaksanaan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025
Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 dibentangkan kali pertama pada 14 Ogos 2025 dan bacaan kali kedua serta perbahasan dilakukan pada 26 Ogos 2025.
Dewan Rakyat meluluskan RUU ini pada 27 Ogos 2025.
4 Aspek Utama RUU Pekerja Gig 2025
RUU ini memberi tumpuan kepada empat aspek utama yang kritikal untuk memantapkan sektor gig di negara ini:
- Definisi Rasmi Pekerja Gig
Undang-undang ini memperjelas siapa yang tergolong dalam kategori pekerja gig, termasuk pemandu e-hailing, penghantar makanan dan pekerja digital bebas, sekaligus mengangkat status mereka sebagai pekerja yang mempunyai hak undang-undang.
- Penetapan Kadar Pendapatan
RUU ini menetapkan bahawa pekerja gig berhak untuk rundingan gaji dan syarat kerja, memastikan bayaran mereka adalah adil dan telus, sekaligus mencegah amalan potongan bayaran sewenang-wenangnya.
- Penyelesaian Pertikaian
Untuk mempercepatkan dan memudahkan penyelesaian isu antara pekerja dan platform, RUU ini memperkenalkan tribunal khusus serta mekanisme aduan yang mesra dan efektif.
- Perlindungan Sosial
Pekerja gig kini dilindungi di bawah caruman PERKESO, mendapat perlindungan insurans serta hak cuti yang setimpal dengan sektor kerja lain, memberikan jaminan keselamatan sosial yang lebih baik.


Kandungan RUU Pekerja Gig 2025


Berikut ialah kandungan utama yang terdapat dalam RUU Pekerja Gig 2025 atau juga boleh dikenali sebagai Akta Pekerja Gig 2025:
- Melindungi Hak Pekerja Gig
RUU ini bertujuan memberikan perlindungan hak yang sewajarnya kepada pekerja gig supaya mereka tidak dieksploitasi dan menerima layanan yang adil.
- Kewajipan Entiti Kontrak
Semua pihak yang mengupah atau menggunakan perkhidmatan pekerja gig wajib mematuhi tanggungjawab kontrak tertentu untuk memastikan proses kerja yang adil dan teratur.
- Mengawal Selia Terma dan Syarat Perjanjian Perkhidmatan
RUU menetapkan kawalan yang ketat terhadap terma dan syarat dalam perjanjian antara platform dan pekerja gig supaya jelas dan tidak menindas.
- Mekanisme Penyelesaian Pertikaian
Disediakan kaedah khusus untuk menyelesaikan sebarang pertikaian antara pekerja gig dan platform dengan cara yang efektif dan adil.
- Penubuhan Majlis Perundingan
RUU mengariskan penubuhan majlis khas yang berperanan sebagai forum rundingan antara pekerja, platform, dan pihak berkuasa untuk membincangkan isu berkaitan.
- Tribunal Pekerja Gig
Tribunal khas diwujudkan untuk mengendalikan aduan dan isu berkaitan pekerja gig secara fokus dan pantas.
- Melindungi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Gig
Perlindungan aspek keselamatan dan kesihatan kerja untuk pekerja gig turut diberi penekanan supaya mereka bekerja dalam persekitaran yang selamat.
- Perlindungan Keselamatan Sosial
RUU ini juga memastikan pekerja gig mendapat perlindungan sosial seperti caruman insurans dan jaminan sosial lain yang dapat membantu mereka dalam situasi kecemasan atau kecacatan.
Secara keseluruhan, RUU Pekerja Gig 2025 membentuk rangka kerja yang komprehensif untuk mengawal selia sektor pekerjaan gig di Malaysia, memastikan pekerja gig mendapat hak, perlindungan dan kemudahan yang setimpal dalam ekonomi moden.
BACA JUGA: Cuti Tambahan 15 September 2025 – Akta, Pekerja / Majikan Terlibat
Perbezaan Sebelum & Selepas RUU Pekerja Gig Diluluskan
Berikut adalah jadual ringkas yang membezakan keadaan sebelum dan selepas kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Malaysia:
| Aspek | Sebelum RUU Pekerja Gig 2025 | Selepas RUU Pekerja Gig 2025 |
| Pengiktirafan Pekerja Gig | Tiada status rasmi; pekerja gig tidak diiktiraf dalam undang-undang buruh | Pengiktirafan rasmi sebagai kategori pekerja dengan hak undang-undang |
| Rundingan Gaji & Syarat | Tiada hak merunding gaji dan syarat kerja secara rasmi | Pekerja gig berhak runding gaji dan syarat kerja melalui Majlis Perundingan |
| Perlindungan Sosial | Kebanyakan pekerja gig tiada perlindungan caruman PERKESO, insurans dan cuti | Caruman PERKESO diwajibkan, insurans dan hak cuti dilindungi secara rasmi |
| Mekanisme Penyelesaian Pertikaian | Tiada tribunal khas, kes sukar diselesaikan dan lambat | Tribunal Pekerja Gig wujud untuk penyelesaian cepat dan mudah |
| Kewajipan Entiti Kontrak | Tiada kawalan ketat terhadap terma perjanjian dan potongan upah | Entiti kontrak wajib jelas terma & kadar bayaran, kawalan potongan upah serta penamatan beradab |
| Pengawasan & Penguatkuasaan | Tiada badan khusus mengawal selia | Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia sebagai badan pengawas |
| Status Pekerjaan | Pekerja gig dianggap bebas tanpa jaminan undang-undang buruh | Status jelas dengan perlindungan undang-undang yang jitu dan formal |
| Fleksibiliti Kerja | Fleksibel tanpa pelindungan, mudah terdedah risiko | Fleksibiliti kekal tetapi dalam kerangka undang-undang perlindungan |










Manfaat Kepada Pengguna
RUU Pekerja Gig memberi beberapa manfaat kepada pengguna, antaranya ialah:
- Perkhidmatan Lebih Selamat dan Profesional
Pekerja gig kini dilindungi oleh skim perlindungan sosial termasuk insurans dan latihan yang disediakan kerajaan, menjadikan perkhidmatan yang diberikan lebih selamat dan berkualiti tinggi.
- Kestabilan Perkhidmatan
Dengan adanya tribunal penyelesaian pertikaian, gangguan perkhidmatan akibat mogok kecil atau penyahaktifan akaun secara tiba-tiba dapat dikurangkan, menjamin pengguna mendapat servis yang berterusan dan stabil.
- Harga Perkhidmatan Kekal Kompetitif
RUU ini tidak memaksa kenaikan harga perkhidmatan, harga masih ditentukan oleh pasaran dan persaingan antara platform, jadi pengguna menerima nilai terbaik dengan jaminan kualiti dan keselamatan yang lebih tinggi.
- Pengendali Platform Lebih Bertanggungjawab
Platform digital diwajibkan membuat perjanjian layanan tertulis yang jelas berkaitan kadar bayaran dan jaminan sosial, memberi kejelasan dan keadilan dalam transaksi antara pengguna dan pekerja gig.
- Etika dan Ketelusan Terjamin
Apabila pekerja dilindungi dan dilayan adil, mereka juga lebih komited dan profesional, meningkatkan pengalaman positif pengguna ketika menggunakan perkhidmatan gig.
- Meningkatkan Keyakinan Pengguna
Dengan perlindungan dan penstrukturan undang-undang yang kukuh, pengguna lebih yakin untuk menggunakan perkhidmatan gig secara konsisten kerana risiko penipuan dan layanan tidak profesional berkurangan.


Kesan Kepada Majikan
Kesan kepada majikan daripada penggubalan dan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 adalah:
- Tiada kos tambahan secara langsung
- Hanya kos pematuhan seperti larangan menggantung atau memecat pekerja tanpa sebab munasabah
- Bayaran tidak boleh dipotong sesuka hati
- Ketelusan terjamin – kerja, upah, pendapatan & keselamatan sosial lebih jelas
- Produktiviti meningkat, risiko berkurang
- Kredibiliti syarikat meningkat


Selain itu;
- Garis Panduan Jelas bagi Kewajipan Majikan/Platform: RUU menetapkan tanggungjawab konkrit kepada majikan atau platform digital sebagai entiti kontrak untuk menyediakan syarat perkhidmatan yang adil, jelas, dan bertanggungjawab, mengelakkan kontroversi dan isu undang-undang di masa hadapan.
- Penubuhan Majlis Perundingan Tripartit: Membolehkan majikan berbincang secara bersama dengan wakil pekerja dan kerajaan tentang kadar upah dan syarat kerja, mewujudkan model rundingan yang lebih adil dan harmoni.
- Pematuhan Lebih Teratur: Majikan perlu mematuhi perundangan baru termasuk caruman PERKESO secara automatik, mekanisme pengurusan kontrak yang baik dan penyelesaian pertikaian melalui tribunal gig, meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengurusan tenaga kerja gig.
- Fleksibiliti Kekal, Beban Peraturan Berpatutan: RUU mengekalkan fleksibiliti utama kerja gig, jadi majikan masih boleh menguruskan pekerja gig secara bebas tanpa terlalu banyak kekangan birokrasi, tetapi dalam rangka kerja perundangan yang adil dan telus.
- Impak Positif Terhadap Reputasi dan Kepercayaan: Dengan pematuhan RUU, platform dan majikan boleh meningkatkan reputasi mereka sebagai majikan yang bertanggungjawab dan menjaga kebajikan pekerja, menarik lebih banyak bakat dan sokongan pengguna.
Penalti & Hukuman
Bagi majikan yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan untuk pekerja gig seperti yang termaktub dalam Akta Pekerja Gig 2025, berikut ialah jenis kesalahan dan penalti yang boleh dikenakan:


Apa Kata Pakar Ekonomi?
Mari kita baca apa kata pakar ekonomi mengenai Rang Undan-Undang Pekerja Gig 2025 yang baru sahaja diluluskan di parlimen pada 27 Ogos 2025:










Muat Turun RUU Pekerja Gig 2025 PDF, FAQ & Info Kit
RUU Pekerja Gig 2025 PDF
FAQ
INFO KIT
Maklumat Lanjut
Untuk info lebih lanjut dan maklumat terkini mengenai Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025, sila layari:
Soalan Lazim
RUU ini adalah rang undang-undang yang melindungi hak pekerja sektor gig di Malaysia termasuk hak rundingan, perlindungan sosial dan mekanisme penyelesaian pertikaian bagi lebih 1.2 juta pekerja gig.
RUU ini bertujuan untuk melindungi hak lebih 1.2 juta pekerja sektor gig di Malaysia dengan menyediakan perlindungan perundangan jelas tanpa menjejaskan fleksibiliti dan ekosistem pekerjaan gig. Ia merangkumi perlindungan keselamatan sosial, hak rundingan gaji dan syarat kerja, serta mekanisme penyelesaian pertikaian.
RUU menetapkan definisi jelas bagi pekerja gig termasuk sektor p-hailing dan e-hailing, serta sektor profesional dan kreatif yang menggunakan model pekerjaan gig.
Empat komponen utama RUU ialah: definisi pekerja gig, mekanisme aduan dan penyelesaian pertikaian, kadar bayaran yang adil, dan perlindungan keselamatan sosial melalui caruman kepada PERKESO.
Pekerja gig diberi hak untuk merundingkan gaji dan syarat kerja mereka secara kolektif, termasuk hak untuk membentuk majlis tiga hala bagi menetapkan isu berkaitan pendapatan dan syarat.
RUU memperuntukkan perlindungan keselamatan sosial seperti caruman PERKESO, cuti, dan perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja gig terjamin.
RUU ini direka untuk melindungi hak pekerja gig tanpa menjejaskan sifat fleksibel dan ekosistem pekerjaan gig yang sudah wujud.
RUU ini telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Ogos 2025 selepas mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.
Perintah Gaji Minimum 2025 menetapkan kadar minimum RM1,700 sebulan bagi semua pekerja sektor swasta bermula 1 Februari 2025 untuk majikan 5 pekerja ke atas dan aktiviti profesional, dan bermula 1 Ogos 2025 untuk semua majikan tanpa pengecualian.
Kaitan Akta Buruh dengan RUU Pekerja Gig dan Perintah Gaji Minimum ialah undang-undang ini menjadi asas perlindungan hak pekerja gig dalam hal waktu bekerja, rehat, dan pembayaran gaji bersesuaian termasuk gaji minimum. RUU Pekerja Gig juga memperkenalkan kerangka untuk melindungi pekerja gig yang sebelum ini kurang diatur dari segi hak buruh tradisional termasuk hak waktu bekerja dan gaji minimum.
Gaming
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Lifestyle