Login DELIMa, Ciri Terkini & Tebus Baucar Buku 2025
August 6, 2025

DELIMa 2.0, adalah satu platform pengurusan pembelajaran digital Malaysia yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk guru, pelajar, dan ibu bapa. Sistem ini yang boleh diakses melalui pautan rasmi:
DELIMa adalah singkatan bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia, dan merupakan penjenamaan semula kepada platform MOE Digital Learning yang diperkenalkan selepas Frog VLE.
Kini ia tampil dengan paparan baharu yang lebih mesra pengguna dan berfungsi penuh untuk guru serta murid.
Jom ketahui lebih lanjut tentang Portal DELIMa KPM, cara login DELIMa KPM serta menggunakan pelbagai fungsi yang terdapat di dalamnya.
BACA JUGA: DELIMa 2.0 KPM (d2.delima.edu.my) – Cara Daftar & Login 2025
Apa Itu DELIMa KPM?
DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) adalah sebuah platform pembelajaran digital yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) selaras dengan inisiatif Education 4.0.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan platform pembelajaran dalam talian yang boleh diakses oleh guru dan pelajar, membolehkan mereka menjalankan aktiviti pembelajaran secara digital dengan lebih efektif.


Melalui portal Delima, pelajar dan guru dapat mengakses pelbagai bahan pembelajaran seperti modul digital, buku digital, dan alat pengurusan pembelajaran yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
Sistem ini juga menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel, membolehkan pengguna belajar pada bila masa dan di mana sahaja.
Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah.
Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.
Fungsi DELIMa KPM
Berikut ialah antara fungsi DELIMa KPM:
- Mengintegrasi aplikasi-aplikasi utama seperti Google Classroom, Microsoft 365, Apple Education, serta alat pihak ketiga seperti Canva, Padlet, Tinkercad, dan sebagainya dalam satu platform yang mesra pengguna dan responsif.
- Membolehkan akses pembelajaran digital kepada semua murid dan guru di Malaysia, tanpa mengira lokasi (bandar/desa/rural).
- Menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang fleksibel, sama ada secara bersemuka, secara dalam talian (PdPR), mahupun secara hibrid.
- Menyediakan pelbagai sumber digital seperti modul, buku, e-kuiz, latihan, tutorial, serta alat penilaian berasaskan teknologi untuk memperkaya PdP dan membantu murid belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


Sumber Pendidikan dalam DELIMa
Terdapat pelbagai jenis bahan dan aplikasi digital yang membantu guru dan pelajar dalam proses pembelajaran yang ada dalam sistem DELIMa 2.0 ini, antaranya:
- Buku Teks Digital yang memudahkan akses bahan rujukan belajar.
- Bahan Interaktif seperti modul digital, e-kuiz, dan tutorial yang membuat pembelajaran lebih menarik dan interaktif.
- AI Tools untuk pembelajaran diperibadikan dan peningkatan kecekapan belajar pelajar.
- Aplikasi Pendidikan Utama seperti Google Classroom, Microsoft 365, Apple Education, Canva, Padlet, dan Tinkercad yang membantu dalam penciptaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Pusat Sumber dan Sumber Rujukan PdP yang menyediakan bahan ilmiah, pengajaran dan latihan dalam pelbagai subjek.
- Aktiviti Guru dan Peraduan/Pertandingan yang menggalakkan kreativiti dan penglibatan murid dalam aktiviti digital seperti pertandingan animasi dan Minecraft Education.
- Program Pensijilan dan Pembangunan Profesional Guru untuk meningkatkan kemahiran pengajaran digital guru.
- Ruang Ilmu sebagai platform kolaborasi dan perkongsian idea serta bahan pembelajaran antara guru.
- Tonton EduwebTV sebagai sumber video pendidikan yang berkualiti.
Ciri Terkini DELIMa 2.0


DELIMa 2.0 menampilkan pelbagai ciri terkini hasil penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pendidikan digital masa kini.
Antara ciri utama dan inovasi terbaru DELIMa 2.0 ialah:
- Antara muka (User Experience) mesra pengguna, mudah digunakan untuk guru dan pelajar.
- Pembelajaran peribadi (personalised learning) menggunakan teknologi AI dan analitik data untuk bantu murid ikut kemampuan masing-masing.
- Integrasi dengan aplikasi pendidikan utama: Google Classroom, Microsoft 365, Apple Education, Canva, Padlet dan banyak lagi.
- Bilik darjah maya, penyerahan tugasan online, kuiz, forum perbincangan dan aktiviti interaktif.
- Analitik prestasi murid untuk guru pantau kemajuan pembelajaran dan ambil tindakan sewajarnya.
- Kemudahan menyesuaikan papan pemuka (dashboard) mengikut keperluan pengguna.
- Sokongan bahan pengajaran dan pembangunan profesional guru seperti kursus online, webinar, dan komuniti guru.
- Kolaborasi aktif antara guru, murid, dan ibu bapa dengan ruang komunikasi dan perbincangan.
- Boleh diakses dari pelbagai peranti termasuk telefon, tablet, komputer, bila-bila masa asalkan ada internet.
- Penyepaduan dengan sistem KPM seperti APDM, e-Operasi, SPLKPM untuk kemudahan pengurusan sekolah.
- Dilengkapi tutorial/bantuan dan sokongan pelanggan 24/7 jika ada masalah teknikal.
- Menyediakan platform untuk pertandingan digital (misal: Minecraft, animasi) dan penggunaan teknologi AR/VR dalam PdP
Kelebihan Menggunakan DELIMa
- Akses yang sangat mudah: di mana-mana, bila-bila masa
- Memberi akses kepada pelbagai sumber bahan, contohnya Buku Teks Digital dan aplikasi pembelajaran
- ID boleh digunakan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi / Tingkatan Enam,
- Dapat berkongsi dan memuat turun pelbagai jenis bahan PdP
- Percuma


Siapa yang boleh mengakses DELIMa?
DELIMa menyediakan lima jenis ID pengguna utama, yang membolehkan akses sesuai dengan peranan masing-masing dalam ekosistem pendidikan:
Pengguna mesti log masuk menggunakan ID DELIMa (akaun Google/MOE Digital Learning) yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir ICT sekolah.
- ID Murid – Digunakan oleh pelajar dari sekolah rendah hingga Matrikulasi/Tingkatan Enam. Membolehkan akses kepada sumber pembelajaran, modul digital, kuiz, dan aktiviti pembelajaran interaktif.
- ID Guru – Untuk guru yang menguruskan sesi pengajaran, membuat penilaian, dan memantau kemajuan pelajar secara individu dan kumpulan.
- ID Content Manager – Pengguna yang mengurus dan menyelia kandungan pembelajaran di platform agar relevan dan berkualiti.
- ID Pentadbir Sekolah – Bertanggungjawab mengurus aspek teknikal dan logistik penggunaan DELIMa di peringkat sekolah.
- ID Pengetua/Guru Besar – Untuk pengurusan keseluruhan sekolah, pengawasan data prestasi, dan pengambilan keputusan.
Cara Login DELIMa KPM
Berikut dikongsikan cara Login DELIMa KPM untuk murid dan guru:
- Layari laman web rasmi untuk Login Delima di pautan berikut:
- Terima Terma & Syarat. Klik ✅ “Accept Term & Conditions”.
- Klik untuk Login. Tekan butang “Click Here to Login”
- Log masuk menggunakan ID DELIMa. Masukkan ID DELIMa yang disediakan oleh guru kelas atau pentadbir sekolah. Klik use another akaun sekiranya email yang didaftarkan tidak muncul pada paparan pop out.
- Paparan akan dibuka mengikut jenis pengguna:
- Murid akan melihat paparan pengalaman baharu yang sesuai untuk pelajar.
- Guru akan melihat paparan pengalaman baharu khas untuk guru.
Anda juga boleh rujuk panduan bergambar cara Login DELIMa di bawah:






NOTA:
- Sekiranya menghadapi masalah login, pengguna disarankan menghubungi guru kelas atau pentadbir ICT sekolah untuk bantuan reset atau semakan ID dan kata laluan.
- Terdapat sokongan teknikal dan chatbot bantuan 24/7 dalam platform DELIMa untuk membantu pengguna menyelesaikan isu teknikal.
Navigasi Portal DELIMa 2.0
DELIMa 2.0 – Guru
ID DELIMa 2.0 guru ini direka untuk memastikan guru dapat navigasi dengan mudah, mengakses pelbagai fungsi penting dan meningkatkan keberkesanan pengajaran digital.
Berikut adalah panduan lengkap berkaitan navigasi, fungsi, dan kemudahan yang disediakan dalam papan pemuka DELIMa 2.0 untuk guru:
- Maklumat Guru dan Sekolah: Pada papan pemuka ditampilkan gambar dan nama guru serta nama sekolah untuk pengesahan identiti dan maklumat asas pengguna.
- Bar Carian: Fungsi carian untuk membantu guru mencari bahan pembelajaran, modul, atau konten dengan pantas dan mudah.
- Papan Pemuka Utama: Menyediakan capaian langsung kepada pelbagai bahagian penting seperti bahan pengajaran, tugasan, pengumuman, dan aktiviti.
- Pautan Perkhidmatan Dalam Talian KPM: Akses pantas kepada perkhidmatan digital rasmi KPM yang relevan dengan tugas dan keperluan guru.
- Pilihan Bahasa: Guru boleh memilih bahasa paparan yang sesuai mengikut keselesaan dan keperluan.
- Sentimen Pengguna: Fungsi penilaian yang membolehkan guru memberi maklum balas tentang pengalaman menggunakan platform untuk penambahbaikan berterusan.
- Mod Gelap/Cerah: Pilihan tema paparan gelap atau cerah untuk mengurangkan keletihan mata dan meningkatkan keselesaan semasa penggunaan.
- Bahagian Pembangunan Profesional: Sumber untuk guru mengakses kursus dalam talian, webinar, dan program pembangunan kemahiran yang membantu peningkatan profesionalisme dan kemahiran digital.
- Ruang Pengajaran Saya: Tempat khusus untuk guru mengurus dan mengakses bahan pengajaran yang telah disediakan atau disimpan untuk kegunaan kelas.
- Butang Pemilihan Ruang Pengajaran: Memudahkan guru memilih ruang pengajaran tertentu untuk aktiviti, tugasan atau bahan pembelajaran berdasarkan kelas atau subjek.
- Bahagian Pengumuman & Aktiviti: Ruang untuk melihat semua pengumuman rasmi dan aktiviti terkini yang perlu diketahui agar guru sentiasa dikemas kini dengan maklumat penting.
- Bahagian Pertanyaan (Chatbot): Bantuan segera melalui chatbot berasakan kecerdasan buatan yang sedia membantu menjawab soalan teknikal atau berkaitan penggunaan platform pada bila-bila masa.
DELIMa 2.0 – Murid
Untuk memudahkan murid menavigasi platform DELIMa 2.0, berikut adalah elemen penting yang perlu mereka kenal pasti dan manfaatkan sepanjang pembelajaran digital:
- Maklumat Peribadi: Paparan nama murid, gambar profil, dan nama sekolah memudahkan pengesanan identiti secara jelas dalam portal.
- Lencana Digital: Murid boleh memperoleh lencana atas pencapaian pembelajaran mereka, sebagai pengiktirafan motivasi dalam proses pembelajaran.
- Fungsi Carian: Ikon carian memudahkan murid mencari bahan pembelajaran, tugasan, kuiz, atau aktiviti lain dengan cepat dan efisien.
- Papan Pemuka Utama: Panel utama yang memberi akses pantas ke semua fungsi dan bahagian utama dalam sistem DELIMa.
- Pautan Perkhidmatan KPM: Akses terus ke pelbagai perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sokongan tambahan.
- Pilihan Bahasa: Murid boleh memilih bahasa paparan yang sesuai mengikut keperluan dan keselesaan mereka.
- Status Pengguna (Mood/Status): Fungsi ini membolehkan murid menyatakan mood atau status mereka semasa menggunakan platform, meningkatkan interaksi sosial maya.
- Mod Paparan (Gelap/Cerah): Pilihan mod gelap atau cerah untuk mengurangkan keletihan mata dan menyesuaikan penggunaan mengikut pencahayaan persekitaran.
- Bahagian Pengumuman: Saluran rasmi untuk semua pengumuman penting, notis sekolah, dan aktiviti terkini agar murid sentiasa maklum.
- Ruang Pembelajaran Saya: Tempat khusus untuk murid mengakses semua bahan pembelajaran digital yang berkaitan dengan kelas dan subjek masing-masing.
- Butang Pilihan Ruang Pembelajaran & Aktiviti: Memudahkan murid memilih bilik darjah maya, forum, atau aktiviti pembelajaran digital yang berbeza mengikut keperluan pembelajaran mereka.
- Bilik Pertanyaan: Sistem untuk murid mengemukakan soalan atau mendapatkan bantuan daripada guru atau penyelia secara dalam talian.
- Login NILAM Terintegrasi: Murid boleh log masuk ke Sistem NILAM Terintegrasi Lanjutan (AILS) melalui pautan khusus untuk mengakses portal NILAM Malaysia berkaitan program membaca.
Cara Menebus Baucar Buku Melalui Portal DELIMa
Berikut merupakan mekanisme pemberian baucar buku seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1 Jun 2025 sempena Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-42 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur:
I) Cara Menebus Baucar Buku MADANI untuk Murid Sekolah
1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital pada halaman utama.
2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digitaldan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
6. Proses selesai.
>> Tempoh Penebusan: Baucar boleh ditebus dari 31 Mei hingga 31 Disember 2025.


II) Cara Menebus Baucar Buku MADANI untuk Guru
- Layari Portal DELIMa:
- Pergi ke laman rasmi DELIMa di
- Klik pautan “TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025” yang disediakan di halaman utama.
2. Daftar Akaun Book Capital:
- Log masuk menggunakan ID DELIMa anda (biasanya akaun Google dengan domain @moe-dl.edu.my).
- Anda akan dibawa ke portal Book Capital (
- Baucar bernilai RM100 akan dikreditkan secara automatik kepada akaun guru yang layak.
- Jika tiada ID DELIMa, guru perlu melaporkan kepada HELPDESK DELIMa di email [email protected] untuk bantuan.
3. Pilih Buku:
- Guru perlu memilih sekurang-kurangnya satu judul daripada senarai Judul Khas Baucar Buku Guru yang tersedia.
- Selepas itu, guru bebas memilih buku lain yang tersedia dalam portal Book Capital.
- Baucar hanya boleh digunakan satu kali sahaja dalam satu transaksi.
- Jika jumlah pembelian melebihi RM100, guru perlu membayar baki tersebut melalui pembayaran atas talian yang disediakan.
4. Sahkan Pesanan dan Pilih Kurier:
- Isikan maklumat penghantaran dengan betul.
- Pilih perkhidmatan kurier seperti DHL eCommerce, Ninja Van, atau KEX Express.
- Pesanan akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan dengan cepat dan selamat.
5. Terima Pesanan:
- Status pesanan akan bertukar ke ‘Finished’ jika tiada pertikaian dalam tempoh 5 hari selepas penghantaran.
>> Tempoh penebusan bermula 1 Julai hingga 30 September 2025.


VIDEO TUTORIAL – CARA TEBUS BAUCAR BUKU MELALUI PORTAL DELIMA KPM 2025
Berikut kami paparkan video tutorial tentang cara penebusan baucar buku yang dikongsikan oleh Mohd Faruze melalui Facebook beliau :
Tarikh & Tempoh Penebusan Baucar Buku 2025
Murid:
- Baucar boleh ditebus dari 31 Mei hingga 31 Disember 2025.(belum ada pengumuman rasmi)
- Baucar diberikan kepada murid dari Tahun 4 ke atas, termasuk pelajar sekolah menengah dan kolej vokasional, untuk pembelian bahan bacaan kentara melalui portal dalam talian yang biasanya berkait dengan DELIMa atau platform yang disediakan oleh KPM.
Guru:
- Tarikh penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025 adalah bermula pada 1 Julai 2025 hingga 30 September 2025.Penebusan boleh dilakukan melalui portal Book Capital atau Kedai Buku Mesra Guru.
- Nilai baucar adalah RM100, boleh digunakan sekali sahaja dalam satu transaksi untuk pembelian buku.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.
Link Portal Delima KPM:
Soalan Lazim Login DELIMa
ID DELIMa adalah akaun pengguna yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada murid dan guru. Biasanya ia ialah akaun Google dengan domain khas seperti @moe-dl.edu.my yang digunakan untuk mengakses platform DELIMa dan perkhidmatan KPM lain.
Murid perlu menggunakan ID DELIMa (akaun Google KPM) yang diperoleh melalui guru kelas atau pentadbir ICT sekolah. Log masuk dilakukan melalui portal rasmi DELIMa 2.0 di memilih kaedah login Google, kemudian masukkan ID (emel KPM) dan kata laluan yang diberikan.
Password ID DELIMa biasanya ditetapkan sekolah dan boleh disemak atau reset melalui pentadbir ICT di sekolah atau guru kelas. Jika mengalami masalah log masuk, murid dan guru dinasihatkan menghubungi pihak sekolah untuk bantuan reset password.
MOE login DELIMa KPM merujuk kepada penggunaan akaun MOE digital (akaun Google KPM) untuk masuk ke platform pembelajaran DELIMa.
Portal.moe.edu.my pula adalah portal rasmi KPM yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan, termasuk pautan ke platform DELIMa dan akses akaun pengguna.
DELIMa 2.0 menyediakan akses kepada bahan pembelajaran digital, kelas maya, penyerahan tugasan, dan integrasi dengan aplikasi pendidikan popular seperti Google Classroom dan Microsoft 365. Pengguna log masuk dengan satu ID DELIMa untuk akses menyeluruh ke pelbagai fungsi.
Ya, ibu bapa boleh mengakses maklumat tertentu mengenai pembelajaran dan kehadiran anak melalui portal DELIMa.
Guru menggunakan ID DELIMa (akaun Google dengan domain KPM) untuk log masuk melalui portal DELIMa 2.0 di Akaun ini diberikan oleh sekolah dan digunakan untuk mengurus kelas, menilai tugasan, serta mengakses sumber digital.
Portal Edu adalah sebutan umum yang merujuk kepada mana-mana portal pendidikan rasmi KPM, termasuk DELIMa. Login menggunakan ID DELIMa adalah kaedah yang disediakan untuk mengakses sumber digital rasmi KPM.
Gaming
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Lifestyle