Cara Kemaskini idMe Murid dalam Sistem Pengurusan Identiti KPM
August 1, 2025

Bagaimana cara kemaskini maklumat murid dalam Sistem Pengurusan Identiti (idMe KPM) –idme.moe.gov.my/ ?
Kemaskini idMe (Maklumat Murid) bukan sekadar satu keperluan pentadbiran tetapi juga satu tanggungjawab ibu bapa/penjaga. Hal ini adalah untuk memastikan anak anda mendapat manfaat penuh daripada sistem pendidikan yang dibina ini.
Dengan data yang tepat, segala urusan akademik, kebajikan dan keselamatan murid dapat dikendalikan dengan lebih berkesan.
Rujuk Cara Kemaskini Maklumat Murid Dalam Sistem idMe KPM yang dikongsikan di bawah.
BACA JUGA: idMe KPM – Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026
Apa itu idMe?
idMe ialah singkatan kepada Sistem Pengurusan Identiti (MOEIS – MOE Identity System) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Apa itu idMe KPM?
Ia adalah portal dan sistem Single Sign-On (SSO) yang berfungsi sebagai pintu masuk berpusat untuk mengurus identiti pengguna serta memberikan akses kepada pelbagai modul pendidikan di bawah KPM
Sistem Pengurusan Identiti (idMe) ini boleh digunakan oleh ibu bapa, murid, guru, pentadbir sekolah dan juga orang awam (tertentu) untuk mengakses pelbagai sistem/aplikasi KPM menggunakan log masuk tunggal (SSO).
Contohnya seperti; permohonan Tahun 1 melalui idMe, kemaskini maklumat murid, pendaftaran sekolah, semakan keputusan peperiksaan dan pelbagai lagi.
Kemaskini Maklumat Murid – Modul Pengurusan Awam
Modul Pengurusan Awam dalam sistem idMe adalah gerbang utama untuk melaksanakan transaksi berkaitan Pengurusan Murid. Perkhidmatan ini membolehkan:
- Pendaftaran Tahun 1 – Ibu bapa boleh melakukan semakan penempatan bagi murid Tahun 1 melalui modul ini. Sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, dokumen tertentu perlu dihantar ke sekolah.
- Kemaskini maklumat murid dan ibubapa/penjaga yang sudah bersekolah.


Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM (idme.moe.gov.my)
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM boleh dilakukan di bahagian Modul Pengurusan Awam idMe KPM. Sistem ini direka untuk memudahkan proses pendaftaran tanpa perlu hadir secara fizikal ke sekolah.
Ibu bapa boleh mengisi maklumat yang diperlukan dengan mudah dari rumah atau mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet.
Semakan Penempatan/Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 boleh dibuat mulai 1 OGOS 2025menerusi SISTEM BERSEPADU KPM (MOEIS), idMe di pautan:
Rayuan keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2026 KPM dibuka mulai 1 OGOS 2025 sehingga 31 OGOS2025. Rayuan hanya boleh dilakukan untuk pertukaran dalam daerah sahaja.
Rujuk: Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2026 & Rayuan


Bagaimana Cara Kemaskini Maklumat Murid dalam idMe?
Secara umumnya, ada 4 bahagian yang perlu disemak untuk dikemaskini iaitu: Maklumat Peribadi, Maklumat Alamat, Maklumat Pasangan dan Maklumat Anak Jagaan.
Antara data murid yang perlu dikemaskini dalam sistem MOEIS melalui idMe KPM termasuk:
- Maklumat peribadi murid seperti nama, tarikh lahir, nombor MyKid, dan alamat terkini
- Maklumat kesihatan termasuk rekod vaksinasi dan keadaan kesihatan murid
- Maklumat penjaga atau ibu bapa seperti nama, hubungan, dan nombor telefon
- Maklumat akademik terkini jika ada, termasuk sejarah akademik dan subjek yang dipelajari
- Dokumen sokongan seperti sijil kelahiran (MyKid) perlu dimuat naik atau dikemaskini
- Maklumat khusus lain yang berkaitan dengan penempatan sekolah, program kokurikulum, dan elaun (jika berkenaan)
Para pengguna dinasihatkan agar membuat kemaskini dan melengkapkan maklumat yang bertanda * (merah) di halaman Pengurusan Awam – Pengurusan Profil untuk setiap bahagian.
Proses kemaskini maklumat hendaklah dilakukan oleh ibu bapa/penjaga yang berdaftar di portal idMe. Portal idMe boleh dilogin menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan setelah mendaftar.
Pastikan kemaskini dibuat sebelum tarikh tutup pendaftaran yang ditetapkan oleh KPM untuk memastikan proses pendaftaran dan penempatan sekolah berjalan lancar.
Cara Kemaskini idMe Murid
Bagaimana cara kemaskini idMe Murid?
Untuk kemaskini IDME murid, anda perlu akses ke sistem idMe MOEIS KPM. Berikut adalah panduan langkah demi langkah cara kemaskini idME murid:
Langkah 1: Layari Laman Rasmi Sistem Pengurusan Identiti (idMe)
- Layari portal rasmi idMe KPM di pautan berikut: /login.
- Log masuk seperti biasa sekiranya anda sudah mempunyai akaun. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun, anda perlu klik “Daftar Baru” untuk pengguna kali pertama. Sila rujuk: idMe Murid: Cara Login Sistem Pengurusan Identiti 2025
Langkah 2: Log Masuk akaun idMe
- Masukkan nombor kad pengenalan (IC) ibu bapa atau penjaga sebagai ID pengguna.
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Klik “Log Masuk”.
- Jika terlupa kata laluan, gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” dan sahkan melalui emel atau jawapan soalan keselamatan untuk tetapkan semula kata laluan idMe.Sila rujuk: Lupa Kata Laluan idMe KPM – Cara Tetapkan Semula Password
Langkah 3: Pilih Aplikasi dalam Dashboard
- Setelah berjaya log masuk, di bahagian kiri skrin, cari dan klik “Aplikasi”.
- Pilih “Pengurusan Awam” dari senarai aplikasi yang dipaparkan.
Langkah 4: Masuk ke Modul Pengurusan Awam
- Dalam paparan aplikasi, cari dan klik ikon “Pengurusan Awam” untuk mengakses sistem pengemaskinian maklumat.


Langkah 6: Kemaskini Maklumat Murid
- Dalam menu Pengurusan Awam, pilih “Pengurusan Profil”. Kemaskini semua maklumat penting termasuk:
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Alamat
- Maklumat Pasangan
- Maklumat Anak Jagaan
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan dikemaskini dengan maklumat terkini.




Tandakan kotak ‘Pengesahan’ setelah semua maklumat selesai dikemaskini dan diisi dengan lengkap. Klik “Hantar”
Langkah 7: Maklumat Berjaya Dikemaskini
Satu mesej pengesahan akan dipaparkan menyatakan “Maklumat Profil Berjaya Dikemaskini”.Klik “OK” untuk melengkapkan proses.
Selesai! Maklumat murid telah berjaya dikemaskini dalam sistem idMe. Pastikan anda menyemak semula setiap maklumat yang diubah untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
Di bawah ini dikongsikan langkah demi langkah cara kemaskini data untuk keempat-empat bahagian dalam menu Pengurusan Awam di sistem idMe KPM bagi maklumat murid, iaitu: Maklumat Peribadi, Maklumat Alamat, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Anak Jagaan.
a) Kemaskini Maklumat Peribadi
Selepas berjaya log masuk, masuk ke menu Pengurusan Awam → pilih bahagian Maklumat Peribadi.
Di sini, kemaskini data asas murid seperti:
- Nama penuh mengikut dokumen rasmi (MyKid atau sijil lahir)
- Tarikh lahir
- Nombor MyKid
- Status warganegara
- Jantina
- Taraf pendidikan
- Maklumat lain yang berkaitan identiti murid
Pastikan maklumat yang dimasukkan tepat dan sesuai dengan dokumen rasmi untuk elak isu kelayakan pendaftaran atau data pendidikan.
Setelah selesai kemaskini, klik Simpan untuk merekod perubahan.
b) Kemaskini Maklumat Alamat
Dalam menu Pengurusan Awam, pilih bahagian Maklumat Alamat untuk mengemaskini alamat kediaman murid.
Isi maklumat alamat terkini termasuk:
- Alamat rumah lengkap (jalan, nombor rumah, taman, poskod)
- Bandar dan negeri tempat tinggal
- No telefon atau nombor boleh dihubungi di alamat tersebut (jika ada)
Kemaskini ini penting untuk penempatan sekolah dan komunikasi rasmi oleh KPM.
Selepas mengemaskini, tekan butang Simpan supaya maklumat alamat terbaru disimpan dalam sistem.
c) Kemaskini Maklumat Pasangan
Data ini penting untuk rekod keluarga dan urusan pentadbiran pendidikan. Bahagian ini biasanya berkaitan dengan maklumat pasangan penjaga atau ibu bapa.
Pilih menu Maklumat Pasangan dalam Pengurusan Awam.
Kemaskini maklumat seperti:
- Nama pasangan penjaga atau ibu bapa
- Nombor kad pengenalan pasangan
- Hubungan dengan murid (contohnya ibu, bapa, penjaga)
- Status perkahwinan penjaga jika diperlukan
- Nombor telefon atau emel pasangan untuk komunikasi rasmi
d) Kemaskini Maklumat Anak Jagaan
Bahagian ini khusus bagi ibu bapa atau penjaga yang berdaftar untuk mengurus profil anak jagaan mereka.
Pilih bahagian Maklumat Anak Jagaan dalam Pengurusan Awam.
Kita boleh mengemaskini data anak jagaan berikut:
- Profil lengkap anak jagaan (nama, tarikh lahir, nombor MyKid)
- Alamat kediaman anak jagaan (jika berbeza dengan ibu bapa)
- Maklumat kesihatan (rekod vaksinasi, penyakit kronik jika ada)
- Sekolah yang sedang dihadiri dan kelas
- Informasi lain seperti program kokurikulum atau elaun yang diterima (jika berkenaan)
Jika terdapat banyak anak jagaan, setiap anak boleh dipilih satu per satu untuk dikemaskini. Jangan lupa klik Simpan selepas kemaskini dibuat pada setiap profil anak jagaan.
Jika memerlukan bantuan, anda boleh rujuk video tutorial kemaskini maklumat idMe di bawah.
Video Tutorial Kemaskini Maklumat idMe
Rujuk video Tutorial Kemaskini Maklumat idMe dalam modul pengurusan awam di bawah:
i) Kemaskini Maklumat Ibubapa
ii) Kemaskini Alamat
iii) Maklumat Penjaga
iv) Kemaskini Maklumat Tambah Anak Jagaan
v) Kemaskini Profil Anak Jagaan
vi) Kemaskini Maklumat Kesihatan Anak
Rujuk lebih banyak video tutorial cara kemaskini maklumat dalam sistem idMe KPM di Youtube Channel BPM | KPM.
Kepentingan Mengemaskini Maklumat Murid
Mengemaskini maklumat murid dalam sistem idMe adalah sangat penting bagi memastikan semua data yang berkaitan dengan pelajar sentiasa tepat dan terkini. Berikut adalah beberapa kepentingan utama:
- Rekod Pelajar Terkini – Memastikan alamat, nombor telefon, dan maklumat kesihatan sentiasa dikemas kini.
- Memudahkan Urusan Sekolah – Pentadbiran lebih lancar dalam pengurusan kehadiran, akademik, dan kokurikulum.
- Bantuan dan Insentif – Memastikan murid yang layak menerima RMT, biasiswa, dan bantuan lain.
- Pendaftaran Peperiksaan – Mengelakkan masalah dalam pendaftaran SPM, STPM, dan ujian lain.
- Kesihatan Pelajar – Rekod kesihatan yang tepat membantu pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga.
- Pertukaran Sekolah – Proses permohonan dan pendaftaran sekolah baru menjadi lebih mudah.
- Komunikasi dengan Ibu Bapa – Memastikan ibu bapa mendapat makluman penting daripada sekolah.
Ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah atau KPM untuk bantuan sekiranya menghadapi masalah dalam mengemaskini maklumat murid di idMe KPM.
Langkah Keselamatan dalam Penggunaan idMe
Bagi memastikan keselamatan maklumat peribadi dalam sistem idMe, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menasihatkan semua pengguna untuk menggunakan kata laluan yang kukuh dan tidak berkongsi maklumat log masuk dengan orang lain.
Aktifkan juga ciri pengesahan dua faktorjika disediakan untuk menambah lapisan keselamatan. Elakkan klik pada pautan atau e-mel yang mencurigakan bagi mengelakkan risiko serangan siber.
Pengguna juga digalakkan untuk memuat turun dan merujuk manual pengguna idMe yang disediakan oleh KPM untuk memahami langkah-langkah keselamatan dan cara penggunaan sistem dengan betul. Dengan langkah-langkah ini, maklumat peribadi anda akan lebih terjamin dan selamat.
Rujuk manual pengguna idMe KPM (Cara Login IdMe, Tukar Kata Laluan, Kemaskini Maklumat dan sebagainya):
Maklumat Lanjut
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan), anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
Soalan Lazim – Kemaskini idMe KPM
Memastikan data murid sentiasa tepat dan terkini, memudahkan urusan pentadbiran sekolah serta akses kepada perkhidmatan pendidikan digital, membantu melindungi keselamatan data dan memastikan komunikasi antara guru dan ibu bapa berjalan lancar.
Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak bersekolah di bawah KPM. Guru juga perlu mengemaskini maklumat murid di bawah jagaan mereka, terutamanya guru kelas.
– Log masuk ke akaun idMe.
– Pilih menu “Kemaskini Profil Murid”.
– Pilih nama anak yang ingin dikemaskini.
– Kemaskini maklumat peribadi, alamat, maklumat penjaga, dan muat naik dokumen sokongan jika perlu.
– Simpan dan hantar pengesahan untuk semakan guru kelas.
Ya, KPM menyediakan aplikasi rasmi idMe yang membolehkan kemaskini maklumat murid secara fleksibel di peranti mudah alih.
Tempoh rasmi biasanya ditetapkan oleh KPM, namun kemaskini boleh dibuat sepanjang tahun mengikut arahan.
Klik butang “Lupa Kata Laluan” pada portal idMe untuk reset kata laluan melalui emel atau pengesahan nombor telefon.
Ya, sangat digalakkan untuk kemaskini sekurang-kurangnya sekali setahun atau bila ada perubahan seperti alamat, nombor telefon, maklumat penjaga atau status kesihatan.
Pastikan anda klik “Simpan” atau “Peraku & Hantar” selepas mengemaskini. Jika masalah masih berlaku, hubungi pentadbir sekolah atau guru kelas untuk bantuan lanjut.
Ya, idMe digunakan untuk semua murid di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
– Nombor Telefon Talian Sokongan KPM: 03-88843501
– Emel Sokongan [email protected]
– Emel Sokongan Teknikal idMe: [email protected]
Gaming
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Lifestyle